Tangani isu perkahwinan bawah umur akan bantu Malaysia penuhi 8 SDG PBB

 Tangani isu perkahwinan bawah umur akan bantu Malaysia penuhi 8 SDG PBB

KUALA LUMPUR, 9 Mac — Menangani isu perkahwinan bawah umur akan membantu Malaysia memenenuhi sekurang-kurangnya lapan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seperti yang berkaitan kemiskinan, jaminan makanan dan kesihatan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata Malaysia komited dengan Matlamat Pembangunan Mampan Nombor 5 (mencapai kesamaan jantina dan memperkasa semua wanita dan kanak-kanak perempuan) yang juga merujuk kepada menghapuskan semua amalanĀ Ā yang memudaratkan termasuk perkahwinan awal, paksa dan bawah umur.

ā€œMalaysia komited untuk menangani perkahwinan bawah umurĀ seperti yang diratifikasikan dalam Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW)Ā  pada tahun 1995.

Kerajaan juga meratifikasi Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1995 dan kamiĀ komited untuk mengambil langkah yang efektif dan sesuai bagiĀ  menghapuskanĀ amalan tradisional yang berbahaya kepada kesihatan kanak-kanak seperti di bawah Artikel 24(3),ā€ katanya.

Rina berkata demikian dalam ucapannya semasa pelancaran ā€œTaklimat Sokongan dan Panel Perbincangan : Ke Arah Mengakhiri Perkahwinan Bawah Umurā€ secara dalam talian, anjuran Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF), di sini hari ini.

Beliau berkata di Malaysia secara purata 1,500 kanak-kanak daripada pelbagai agama, keturunan atau komuniti berkahwin setiap tahun dan amalanĀ ini berlaku di kawasan bandar dan luar bandar, penganut Islam atau bukan Islam, Orang Asli atau orang asal , malahan dalam kalangan pendatang asing dan pelarian.

Oleh kerana itu, kerajaan sebelum ini memperkenalkan Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur tahun lepas mengandungi langkah jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang melibatkan agensi kerajaan, masyarakat madani dan komuniti dari 2020 hingga 2025.

ā€œKedua-dua Pelan Strategi Kebangsaan dan Taklimat Sokongan mengetahui penggubalan undang-undang sahaja tidak mencukupi untuk membanteras perkahwinan bawah umur dengan berkesan dan patut disokong dengan langkah-langkah yang lengkap bagi memudah cara pelaksanaan dan penguatkuasaan bersama tindakan susulan, pemantauan dan penilaian keputusan yang dicapai.

ā€œPelancaran hari ini menyediakan satu peluang untuk kerajaan dan semua pemegang kepentingan bagiĀ  memperbaharui komitmen kami dalamĀ menangani perkahwinan bawah umur secara bersama menerusi Pelan Strategi Kebangsaan dan usaha pelengkap yang lain,ā€ katanya.

Sementara itu Wakil UNICEF ke Malaysia dan Wakil Khas ke BruneiĀ Dr Rashed Mustafa Sarwar berkataĀ Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur yang dilancarkan tahun lepas merupakan satu tanda positif komitmen Kerajaan Malaysia untuk menangani isu ini.

Taklimat sokongan itu menggariskan syor-syor dalam sembilan perkara penting terutamanya, pembaharuan undang-undang;Ā menangani norma sosial dan budaya; pembangunan keupayaan; pendidikan kesihatan seks dan pembiakan danĀ program pemerkasaan perempuan yang khusus.

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

27  −  18  =