Taliban benarkan AS keluar dari Afghanistan selepas 31 Ogos

 Taliban benarkan AS keluar dari Afghanistan selepas 31 Ogos

Tentera Udara AS membantu warga Afghanistan yang berkelayakan masuk ke dalam pesawat. Foto- REUTERS

WASHINGTON, 27 Ogos — Taliban memberi jaminan, rakyat Amerika dan warga Afghanistan yang ingin meninggalkan negara tersebut boleh berbuat demikian walaupun selepas tempoh yang diberikan tamat, kata Setiausaha Negara Antony Blinken pada Rabu.

Tarikh akhir untuk tentera dan rakyat Amerika meninggalkan Aghanistan adalah pada 31 Ogos.

“Ini kerana usaha untuk membawa keluar rakyat Afghanistan tidak dapat dilakukan hingga 31 Ogos, kami sangat fokus dengan usaha membantu mereka yang ingin meninggalkan negara itu,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Blinken.

Blinken berkata, Washington sepakat dengan bakal kerajaan Afghanistan di bawah pendekatan ‘points of incentive’ dan ‘point of leverage’ berhubung rakyat Afghanistan dan Amerika yang ingin meninggalkan negara itu.

Muhammad Iqhwan Hakim Abdullah

iqhwan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  6  =  2