Talian pengeluaran pintar satelit kecil pertama beroperasi di China

 Talian pengeluaran pintar satelit kecil pertama beroperasi di China

WUHAN, 15 Mei — Talian pengeluaran pintar satelit kecil (mini) pertama di China berjaya menghasilkan satelit pertamanya pada Khamis.

Kejayaan itu sekali gus membuktikan China mampu mengeluarkan satelit mini secara besar-besaran.

Satelit mini tersebut hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) oleh Kumpulan Sains Angkasa Lepas dan Industri (CASIC).

Talian pengeluaran satelit mini yang terletak di Taman Industri Satelit di Pangkalan Perindustrian Angkasa Lepas China Wuhan itu mula dibina pada 2019.

Menurut maklumat pihak pengendali, talian itu dilengkapi teknologi pembuatan pintar dan seluruh proses pengeluarannya diselia secara automatik.

Pembuatan satelit mini secara pintar itu boleh meningkatkan kecekapan pengeluaran melebihi 40 peratus.

Sementara itu, keluasan tapak pengeluaran dikurangkan sebanyak 70 peratus dan masa pengeluaran pula dapat dikurangkan lebih 80 peratus.

Talian pengeluaran berkenaan dapat menghasilkan satelit mini yang beratnya tidak sampai satu tan sebanyak 240 buah setahun.

 

 

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  3  =  5