Taktik bawa cencaru Vietnam gagal

 Taktik bawa cencaru Vietnam gagal

Oleh Nurman Nasyriq

JOHOR BAHRU, 26 Feb — Pelbagai taktik digunakan pihak tertentu untuk mengaburi pemantauan dan penguatkuasaan pihak berkuasa dalam usaha menyeludup masuk barangan secara haram ke negara ini.

Antara taktik yang lazim dilakukan ialah dengan mengisytiharkan jumlah barangan tetapi tidak menepati kuantiti sebenar bagi mengaburi pihak berkuasa.

Dengan harapan mereka terlepas dan mengaut keuntungan lebih, namun kecekapan pihak berkuasa berjaya mengesan jenayah itu daripada lolos.

Demikian juga taktik untuk membawa menyeludup 27 tan ikan cencaru bernilai RM113,603 berjaya dikesan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor dalam  sebuah kontena sejuk beku di Pelabuhan Pasir Gudang di sini,  kelmarin.

Pengarahnya, Nur Afifah A Rahman berkata, ikan tersebut dikesan pihaknya ketika membuat pemeriksaan rutin ke atas sebuah kontena pada jam 5 petang.

Penguatkuasa MAQIS mendapati 27,000 kilogram ikan cencaru tersebut dibawa masuk dari Vietnam itu didapati tidak sepadan dengan permit import yang diikrarkan.

Ikan cencaru sejuk beku bernilai lebih RM113,000 yang cuba dibawa masuk dari Vietnam dirampas di Pelabuhan Pasir Gudang, kelmarin.

“Semua barang dagangan bernilai RM113,603 itu ditahan untuk tindakan lanjut kerana telah mengemukakan dokumen yang tidak tepat, iaitu barang dagangan tersebut tidak sepadan dengan permit import,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Nur Afifah berkata, perbuatan mengimport apa-apa jenis keluaran pertanian dengan memberikan permit, lesen, perakuan atau dokumen lain yang palsu, tidak tepat atau mengelirukan adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Katanya, MAQIS komited menjalankan penguatkuasaan undang-undang dan akan terus diperkasakan lagi di semua pintu masuk negara bagi memastikan kawalan penyakit ikan, haiwan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara,” katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

31  −  22  =