Tak tunai janji, tak setia punca hilang undi

 Tak tunai janji, tak setia punca hilang undi

KUALA LUMPUR, 21 Jan 2022 – Kegagalan pemimpin menunaikan janji menerusi manifesto lompat parti punca penolakan pengundi muda di Pilihan Raya di Melaka November tahun lalu.

Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil berkata, 70 peratus pengundi muda menyumbang kemenangan BN di Melaka.

Isham Jalil

“Bagaimanapun, orang muda tak suka pemimpin tak jujur, tak setia dengan apa mereka pegang selama ini kerana dua sikap itu membuktikan mereka bukanlah pemimpin yang boleh diyakini, dipercayai.

“Pengundi alaf ini sudah bijak menilai, mereka mengkaji sendiri watak pemimpin mereka, bukan apa yang diperkatakan tapi apa yang dibuat.

“Bagi mereka percakapan boleh berubah, tetapi perbuatan akan Nampak hasilnya. Contoh PH janji hapus PTPTN tapi gagal, bohong sahajalah,” katanya menerusi siaran langsung di sebuah portal baru baru ini, bertajuk PRU15 : Ke mana Hala Tuju UMNO?

Isham turut menyentuh keutamaan harus diberi kepada pengundi muda keranamereka yang paling tertekan apabila ekonomi teruk.

“Kadar pengangguran negara telah mencecah 5 peratus, antara yang paling tinggi dalam sejarah.

“800,000 orang kini menganggur atau hilang kerja akhir-akhir ini akibat ekonomi negara yang merudum teruk berbanding negara-negara lain.

“Tapi lebih teruk ada kerja tetapi di bawah tangga gaji, kelayakkan mereka sangat banyak, contoh sebelum ini kerja pilot tapi bawa Grab, sebelum ini pemegang Sarjana Muda Kejuruteraan tapi jual nasi lemak, ini lebih ramai jumlahnya,” katanya.

Tun Puteh Wanti

sangratu@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

64  −  61  =