Tak serik lima kali dimarahi keluarga, penerima vaksin

 Tak serik lima kali dimarahi keluarga, penerima vaksin

Sukarelawan terdiri daripada penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan membantu penerima vaksin mendaftar aplikasi MySejahtera di Dewan Utama UIAM kampus Kuantan.

KUANTAN, 22 Jul — “Saya tidak serik dan tergores hati apabila lima kali dimarah ahli keluarga dan individu penerima vaksin yang tidak berpuas hati kerana menunggu agak lama,” kata sukarelawan Raidah Akmal Ahmad, 20.

Dia antara 136 sukarelawan terdiri daripada penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan, di sini yang bertugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Dewan Utama UIAM kampus Kuantan.

Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah@IIUM (SASMEC @IIUM) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menjadi peneraju PPV IPT itu yang mula beroperasi pada Isnin.

Raidah

Menurut Raidah, kelewatan sedikit berlaku pada hari pertama PPV beroperasi pihak urusetia apabila perlu menguruskan seramai 802 individu yang menerima vaksin, kebanyakan mereka terdiri daripada warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

Katanya, dia tidak tergores hati apabila dimarahi mereka yang tidak berpuas hati kerana pihak urusetia sudah berusaha sedaya upaya memberi perkhidmatan terbaik bagi memuaskan hati pelanggan.

“Saya tidak bertindak kasar dan melawan apabila dimarahi sebaliknya cuba sedaya upaya menenangkan individu terbabit yang mungkin penat menunggu lama selepas menerima vaksin COVID-19.

“Saya tidak menyalahkan mereka kerana mungkin emosi mereka terganggu selepas menerima suntikan,” katanya.

Siti Nurfatimah

Dia yang menuntut di tahun satu jurusan kejururawatan UIAM kampus Kuantan berasa bangga dan teruja apabila berpeluang terpilih sebagai sukarelawan di PPV, suatu pengorbanan dapat diberikan dalam usaha kerajaan melawan wabak COVID-19.

Bagi Siti Nurfatimah Iswan, 22, kali pertama bertugas di PPV suatu pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan apabila dapat membantu untuk melancarkan individu yang akan menerima vaksin.

“Saya ditugaskan untuk menguruskan pendaftaran menggunakan aplikasi MySejahtera sebelum individu terbabit dibenarkan masuk ke dewan maklumat sebelum proses seterusnya.

“Hari pertama PPV di institusi pengajian tinggi (IPT) di Dewan Utama UIAM kampus Kuantan lebih 80 peratus penerima vaksin terdiri daripada warga emas dan OKU,” katanya yang belajar dalam jurusan optometri.

Mohd Fikri Mie

http://wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *