Tak sangka jumpa kulat kering berangkai

 Tak sangka jumpa kulat kering berangkai

ROMPIN..Badrul Hisham Ramly (kanan) melihat kulat kering berangkai.(Gambar dirakam sebelum PKP). WMY/Mohd Fikri Mie

ROMPIN, 26 Jun — “Ini kali pertama saya melihat kulat kering yang tumbuh secara berangkai diatas dahan pokok mati, ia suatu yang unik dan menarik,” kata Badrul Hisham Ramly, 52.

Badrul Hisham Ramly (kanan) melihat kulat kering berangkai yang ditemui di Taman Eko Rimba (TER) Menchali.(Gambar dirakam sebelum PKP). WMY/Mohd Fikri Mie.

Menurutnya, kulat kering yang semakin sukar ditemui sememangnya terkenal dikalangan masyarakat Melayu, ia menjadi antara herba yang campur dalam rebusan ubatan tradisional khusus untuk kaum wanita lepas bersalin.

Katanya, kulat berkenaan tumbuh subur pada ranting dan dahan pokok mati, persekitaran yang lembab membuatkan tumbuhan itu cepat membiak serta bersaiz besar dan kelihatan menarik.

“Sebelum ini saya biasa bertemu kulat kering tumbuh dengan jumlah yang tidak banyak pada satu ranting termasuk dahan kering namun kali ini jumlahnya begitu banyak sekali.

“Saya seolah tidak percaya melihat kulat berkenaan yang begitu banyak pada satu dahan kering, suhu lembab dalam Taman Eko Rimba (TER) Menchali, di sini menjadi faktor utama keadaan sedemikian berlaku,” katanya, di semalam.

Beliau yang bertugas dengan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) berkata, mereka yang ingin melihat lebih dekat kulat kering boleh berkunjung ke TER Menchali, di sini yang turut terdapat pelbagai spesies pokok dan tumbuhan menarik.

Badrul Hisham menambah, usaha JPNP mengujudkan TER Menchali untuk memberi peluang kepada pengunjung melihat pelbagai jenis tumbuhan dan herba seperti Tongkat Ali dan Kacip Siti Fatimah yang tumbuh subur di kawasan tanah lembab.

“Mereka yang melihat dengan lebih dekat beberapa pokok herba termasuk kulat kering dan tongkat ali boleh datang TER Menchali sambil menikmati udara segar dalam hutan semulajadi,” katanya.

Kawasan TER Menchali sebelum ini menjadi antara lokasi persinggahan pelancong dalam dan luar negara berihat selepas penat memandu.

Terletak dilaluan Pekan ke Mersing menjadikan tempat berkenaan terkenal dikalangan pelancong, kawasan di situ turut terdapat gerai makanan yang menghidang masakan udang galah yang terkenal di daerah ini.

Mohd Fikri Mie

Fikri@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  77  =  79