Tak sangka bayi lahir pada Hari Kebangsaan

 Tak sangka bayi lahir pada Hari Kebangsaan

Rozariah (kanan) dan Mohd. Amirul teruja menyambut bayi sulung mereka yang selamat dilahirkan pada Hari Kebangsaan di Hospital Pakar KPJ Johor, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU, 31 Ogos — Sambutan Hari Kebangsaan ke-64 tahun ini lebih bermakna bagi sepasangan suami isteri apabila anak sulung mereka selamat dilahirkan di Hospital Pakar KPJ Johor, di sini hari ini.

Rozariah Ramlee, 28, selamat melahirkan bayi perempuan jam 3.10 pagi yang disambut Pakar Perunding Obstetik dan Ginekologi, Dr Sharifah Shahirah Syed Hashim.

Rozariah dan suaminya, Mohd. Amirul Zulfaqih Ajman, 29, yang mendirikan rumah tangga pada Ogos tahun lalu tidak menyangka puteri sulung mereka akan lahir pada tarikh bersejarah, iaitu 31 Ogos 2021.

Rozariah berkata, jika diikutkan tarikh tempoh yang sepatutnya bersalin ialah pada pertengahan bulan September, namun bayi seberat 3.17kg itu selamat dilahirkan pada hari ini.

“Kalau ikut tarikh yang dianggarkan saya akan bersalin pada 18 September atau tiga minggu dari sekarang tapi sejak semalam dah rasa sakit terus ke hospital,” katanya.

Sebelum ini dia beberapa kali berasa sakit ingin bersalin tetapi sangka melahirkan anak hari ini.

Sementara itu, Mohd. Amirul bersyukur dan teruja kerana proses isteri melahirkan anak sulung mereka dalam keadaan yang selamat dan dipermudahkan.

Pada awalnya dia turut merasai bimbang dengan keadaan kesihatan di negara ini dengan pandemik COVID-19 semasa isterinya sedang hamil.

“Namun, dengan sentiasa menjaga kebersihan diri serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan, alhamdulilah semua selamat dan dipermudahkan.

“Waktu isteri hamil, saya sentiasa meletakkan kebersihan diri pada tahap yang tertinggi kerana COVID-19. Setiap kali pulang kerja atau dari luar, saya akan terus mandi selain terus mematuhi SOP,” katanya.

Pasangan tersebut turut menerima sebuah ‘baby car seat’ percuma dan cenderamata daripada pihak pengurusan Hospital Pakar KPJ Johor.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

79  +    =  82