Tak pernah kata tidak akan pegang wanita atau akan berserban – Zul Ariffin

 Tak pernah kata tidak akan pegang wanita atau akan berserban – Zul Ariffin

PETALING JAYA : Aktor Zul Ariffin,36, menjelaskan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan tidak akan memegang mana-mana wanita ketika berlakon atau bakal bersara daripada industri seni tempatan.

Jelas Zul, setiap individu berhak membuat penilaian tersendiri biarpun dia selaku empunya badan tidak pernah membuka mulut berhubung perkara itu. 

“Saya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengatakan saya tidak akan berlakon mendukung wanita atau akan berserban ketika berlakon. 

“Saya hanya mengikut seorang individu itu (Ebit Lew), menyertai ceramah agama dan makan bersama, itu saja. Tidak dinafikan ada pihak yang mengeksplotasi perkara itu sehingga menimbulkan salah faham.

“Mengenai video promosi bengkung Superwoman, semuanya berlaku secara spontan. Kami tidak merancang untuk menggunakan aksi mendukung dan pegang tangan sebagai jalan cerita. 

“Namun, ketika hari penggambaran semuanya berlaku secara bersahaja dan kami menyukai hasilnya. Apa pun, bisnes adalah bisnes dan saya memahami perkara itu,” kata Zul.

Zul mengulas mengenai pembabitannya sebagai duta produk terbabit ketika ditemui di majlis makan malam diadakan di hotel di Shah Alam pada Jumaat.

Pemilihan Zul sebagai duta adalah bertepatan dengan objektif Superwoman Sdn Bhd untuk menjadikan amalan traditional turun temurun ini menjadi suatu gaya hidup bukan sahaja untuk wanita malah untuk para lelaki.

Terdahulu, tular video promosi Zul mendukung dan memegang pengasas produk iaitu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Superwoman, Sasha Abdul Aziz dan Farah Abdul Aziz selaku Ketua Pegawai Pemasaran (CMO).

Perkongsian berkenaan mengundang reaksi pelbagai pihak namun baik Sasha, Zul dan Farah tidak pernah memberi sebarang komen berhubung perkara itu. 

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

32  +    =  34