• Sunday, 20 June 2021, 2:50 pm

Tak periksa aplikasi MySejahtera punca tidak hadir temu janji vaksin

 Tak periksa aplikasi MySejahtera punca tidak hadir temu janji vaksin

Oleh Nurman Nasyriq

JOHOR BAHRU, 30 Mei – Tidak memeriksa aplikasi MySejahtera menjadi punca ramai tidak hadir temu janji suntikan vaksin di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananthan berkata, hingga kini didapati 9.8 peratus yang telah diberi temujanji tidak hadir untuk menerima vaksin.

“Antara sebab yang diberi adalah 7 peratus tidak memeriksa aplikasi MySejahtera. Mereka diminta menghubungi Help Desk dalam aplikasi bagi temu janji baharu.

“Selain itu, 1.3 peratus memohon untuk ditukar tarikh temu janji dan telah diberikan, manakala 0.07 peratus menolak vaksin kerana pendaftaran mereka dibuat oleh keluarga,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, bagi bilangan itu pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan memanggil mereka yang berada dalam senarai menunggu sama ada yang tercicir Fasa 1 atau Fasa 2 yang dibawa ke depan.

“Walk-in tanpa temujanji atau menunggu di luar dewan adalah tidak dibenarkan kerana dibimbangi menyumbang kepada penularan Covid-19,” katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *