Tak mungkin tinggalkan Bersatu – Pak Wan

 Tak mungkin tinggalkan Bersatu – Pak Wan

Datuk Seri Redzuan Yusof

ALOR GAJAH, 9 Nov — Desas desus Ahli Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof bakal meninggalkan parti itu mula tersebar sejak minggu lalu.

Namun, khabar angin itu disangkal Redzuan yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah.

Sebaliknya beliau berkata, walaupun tidak lagi menerajui Bersatu Melaka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), fokus beliau kini adalah memastikan calon Perikatan Nasional (PN) di bawah Parlimen Alor Gajah menang dalam PRN akan datang.

Khabar angin tersebut mula tersebar selepas bekas Menteri PN itu meluahkan kekecewaanya dan mendakwa dipinggirkan oleh Bersatu Melaka dalam PRN Melaka kali ini.

“Apa pun saya hendak nyatakan saya hendak menidakkan orang yang mengatakan saya tidak berada dalam parti atau atau ada ura-ura hendak keluar parti. Itu semua tidak benar, cuma digemburkan pihak tertentu,” jelasnya.

Menurut Redzuan sokongan beliau sentiasa untuk kepimpinan Bersatu di Parlimen itu.

“Fokus saya memastikan calon-calon di DUN diberi bantuan secukupnya untuk memberi kemenangan kepada PN.

“Tidak ada timbul kita nak bergerak berasingan tapi kita akur dengan keputusan parti,” katanya lagi.

“Apa pun kita akan sumbang pergerakan itu sendiri dan seboleh mungkin selaraskan pergerakan (calon) dalam fasa berkempen dalam pilihanraya ini,” katanya lagi.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  32  =  42