Tak masuk akal RM2.5b lebur, tak jejas KWSP

 Tak masuk akal RM2.5b lebur, tak jejas KWSP

Isu tiga bank Malaysia iaitu CIMB, Maybank dan RHB yang dinamakan sebagai antara ketua pemiutang tidak bercagar Genting Hong Kong, dengan gabungan pendedahan sebanyak AS$600 juta (RM2.5 bilion), mengejutkan ramai pihak.

Susulan isu itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menjelaskan mengapa tiga bank itu dibenar memberi pinjaman tanpa jaminan kepada Genting Hong Kong yang diisytihar muflis, baru-baru ini.

Tengku Zafrul bagaimanapun menjelaskan, keputusan bank berkenaan memberi pinjaman tanpa cagaran itu bukan ditentukan oleh Menteri Kewangan, Kementerian Kewangan atau pemegang saham, sebaliknya keputusan pengurusan bank itu sendiri.

Katanya setiap bank mempunyai proses usaha wajar dan penilaian kredit oleh Jawatankuasa Kredit masing-masing bagi menilai keupayaan bakal peminjam untuk membayar balik pinjaman mereka.

Apa yang menjadi persoalan sekarang, ketiga-tiga bank ini adalah bank di mana para pemegang sahamnya adalah kumpulan permodalan rakyat Malaysia yang terbesar iaitu, KWSP, KWAP, PNB dan TH.

Mengikut rekod pegangan saham setakat 31 Disember 2021, pelabur terbesar Maybank ialah Amanah Saham Bumiputera melalui Amanahraya Trustees Berhad dengan pegangan sebanyak 34.01 peratus diikuti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebanyak 12.94 peratus dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebanyak 7.09 peratus.

Sementara itu, pemegang saham terbesar dalam CIMB ialah Khazanah Nasional dengan pegangan 25.7 peratus diikuti KWSP (15.3 peratus), PNB (11.8 peratus) dan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) (6.3 peratus).

Bagi RHB, institusi awam yang mempunyai pegangan saham besar termasuk KWSP (42.3 peratus), PNB (6.1 peratus) dan KWAP (5.89 peratus)

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam kenyataan mereka pada 28 Januari lalu mengkritik sikap bank-bank tempatan yang lebih gemar memberi pinjaman kepada konglomerat besar daripada memberikan pinjaman kecil-kecilan kepada peniaga kecil tempatan.

Peniaga kecil yang ingin memohon pinjaman sekecil-kecil akan diminta untuk mengemukakan cagaran, tetapi pihak konglomerat seperti Genting HK dan lain-lain diberikan pinjaman tanpa cagaran begitu sahaja.

PPIM dalam nada sinis mengatakan inilah sikap bank yang begitu memandang serong terhadap peniaga di negara sendiri dan ‘menyanjung’ jerung-jerung besar antarabangsa.

Di sebalik semua itu, rakyat bimbang kerugian yang dialami tiga bank terbabit menjadi punca kerajaan enggan membenarkan pengeluaran RM10,000 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Walaupun perkara ini disangkal oleh pakar-pakar ekonomi, namun secara logiknya kerajaan akan berbuat sesuatu bagi menampung kerugian dialami bank-bank terbabit.

Sebagaimana kita lihat banyak jangkaan sebelum ini telah menjadi kenyataan.

Tambahan pula, institusi perbankan tidak melanjutkan moratorium bagi peminjam terkesan akibat pandemik Covid-19, banjir dan tanah runtuh, serta bermula 1 Februari bank sudah mengenakan caj RM1 bagi transaksi mesin ATM.

Tinjauan penulis terhadap dana pinjaman TEKUN untuk usahawan Kecil dan Sederhana (IKS) pada Oktober lalu. Semua senario ini menunjukkan bank-bank mengalami defisit kewangan, adakah ia berkait dengan pinjaman tanpa cagaran dibuat bank?

Seorang pakar matematik yang enggan dikenali pernah mencadangkan formula negara bernilai tinggi tetapi tidak diterima, malah kerajaan mengubah cadangan itu pula menjadi negara bsrpendapatan tinggi.

Menurutnya negara akan menghadapi masalah susut nilai duit, ringgit akan menjadi seperti rupiah. Itu yang kita sedang hadapi sekarang dengan kenaikan harga barang dan lain-lain.

Beliau juga pernah meramalkan UMNO dan BN akan kalah teruk pada PRU14 dan juga telah jadi.

Menurutnya mengikut sejarah sebelum kemerdekaan, Ratu England telah meramalkan masalah kewangan negara dan Ratu telah pun membuat persediaan.

“Begitu juga dengan keadaan KWSP sekarang. Jika benarlah KWSP membuat keuntungan lebih RM48 bilion ringgit sudah tentu tidak ada masalah untuk membenarkan pencarum mengeluarkan dari simpanan mereka ketika sedang susah menghadapi Covid-19 dan banjir yang baru lalu. Jangkaannya wang KWSP sudah tak ada.

“Antara kegunaan membantu rakyat di masa sesak dengan membantu syarikat perjudian, yang manakah lebih penting?

“Inilah akibatnya apabila menteri kewangan bukan dari org politik tapi dari orang yang nak mengumpul duit memikirkan keuntungan semata-mata,” katanya.

Tambahnya, human factor tidak diambilkira dalam mengurus tadbir negara.

“Apakah sebab sebenarnya KWSP tidak mahu memberikan RM10,000 itu? Saranan dari Datuk Seri Najib Razak pun ditolak sedangkan beliau berpengalaman sebagai Perdana Menteri dan mengurus negara

” Hipotesisnya ialah kerana (KWSP) tidak ada data maklumat mengenai caruman. Tidak ada statistik terkini.

“Entah-entah apa statistiknya pun tidak diketahui. Berapa wang yang boleh dibelanjakan? Berapa pencarum di kawasan zon penampan? Zon bencana dan sebagainya.

Dalam pada itu, beliau berkata, ketika harga barang keperluan harian naik menggila, juga akibat dari kegagalan kerajaan, kenapa tidak digunakan stok wang KWSP untuk meneutralkan harga barang?

Jika tidak tahu serahkan kepada yang tahu sebagaimana ramai menteri dilantik dari kalangan bukan orang politik.

“Adakah kerajaan dibawah Datuk Seri Ismail Sabri tidak sedar bahawa menggunakan wang caruman rakyat dengan memberi ‘pinjaman percuma’ kepada syarikat perjudian? Syarikat perjudian ini pula di luar negara (Hong Kong) kepada bukan warganegara adalah satu pengkhianatan besar kepada rakyat, raja, negara dan perlembagaan?

“Tambahan pula majoriti rakyat negara ini adalah beragama Islam.

“Inilah akibatnya bahayanya apabila pemimpin parti bertopengkan agama dilantik sebagai menteri agama, menasihati kerajaan. Tunggulah saat kehancurannya. Melainkan dibetulkan dengan segera,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mencadangkan
undang-undang digubal supaya golongan M40 ke atas dibenarkan mengumpul harta dan aset mereka untuk memberi sumbangan dan bamtuan dengan bebas selagi tidak menyalahi undang-undang.

“Misalnya menubuhkan tabung putus belanja, yayasan akal budi seperti , zahid rumah kebajikan Datuk Seri Najib Razak (Yayasan Tun Rahah) dan sebagainya kerana trend dah berubah, rakyat semakin susah tetapi semakin prihatin.

“Tak boleh lagi menyerah bulat-bular kepada institusi seperti , zakat, dan baitulmal. NGO pun semakin banyak dan bertambah. Rakyat bantu rakyat. Kita bantu rakyat.

“Mewujudkan budaya kebajikan. Terima hakikat bahawa rakyat semakin sukar tetapi kesedaran saling membantu itu semakin dipupuk,” katanya.

Tun Puteh Wanti

sangratu@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

18  −    =  14