Tak kisah siapa pemimpin, tapi kisah parti stabil atau tidak?

 Tak kisah siapa pemimpin, tapi kisah parti stabil atau tidak?

KUALA LUMPUR : Kestabilan parti lebih utama berbanding kebimbangan untuk mengekalkan jawatan atau memilih calon lain.

Ketua UMNO Cawangan KLCC, Dato’ Sri Dzulkarnain Taib berkata, mengambil contoh tindakan Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan Presiden parti ketika diheret ke mahkamah.

“Pengorbanan itu dilakukan demi kestabilan parti.

Ketua UMNO Cawangan KLCC, Dato’ Sri Dzulkarnain Taib

“Juga pemilihan penggantinya, Ahmad Zahid dibuat secara pilihan majoriti.

“Apabila Zahid juga terpalit isu rasuah, ramai mengatakan dia perlu ikut jejak langkah Najib demi kepentingan parti,” katanya.

Beliau yakin akar umbi sama sepertinya, siapapun boleh dipilih untuk terajui UMNO tetapi jika parti tidak stabil, semua usaha adalah sia-sia.

Dzulkarnain turut menegur tindakan sesetengah pihak yang mengumumkan nama pemimpin yang dianggap sesuai bagi menggantikan tempat Presiden parti.

“Ia melanggar Perlembagaan Parti kerana pemilihan Presiden perlu berdasarkan beberapa peringkat pemilihan,” katanya

Media turut melaporkan kenyataan Bekas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menggesa Ahmad Zahid supaya ‘direhatkan’ serta-merta daripada memegang jawatan penting dalam parti termasuk kerusi Presiden UMNO.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee

Ini kerana bimbang UMNO dan Barisan Nasional (BN) khususnya akan berdepan dengan kesukaran untuk meraih kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.


Beliau menegaskan, kekosongan tersebut sewajarnya dipangku oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sesuai dengan kedudukannya sebagai Perdana Menteri sehinggalah pemilihan pucuk pimpinan parti diadakan.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  31  =  40