Tajuddin Pengerusi Backbenchers baharu

 Tajuddin Pengerusi Backbenchers baharu

Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 15 Sept — Ahli Parlimen Pasir Salak daripada UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dipilih sebagai Pengerusi Kelab Penyokong-Penyokong Kerajaan (Backbenchers) yang baharu.

Beliau menggantikan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang kini dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

Ahli Parlimen Kuala Nerus dari Pas, Datuk Khairuddin Aman Razali pula dilantik Timbalan Pengerusi Backbenchers.

Jawatan Setiausaha Backbenchers pula diisi oleh Ahli Parlimen Sabak Bernam daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Fasiah Fakeh.

Fazlan

fazlan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  5  =  4