• Sunday, 20 June 2021, 3:54 pm

Tajuddin mesti minta maaf, elak rakyat hilang keyakinan pada LRT

 Tajuddin mesti minta maaf, elak rakyat hilang keyakinan pada LRT

KUALA LUMPUR, 25 Mei – Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, mesti mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kejadian kemalangan yang melibatkan dua tren perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di ibu negara malam tadi.

Dr Kamarul Zaman Yusoff, dari Kolej Undang-UndangUniversiti Utara Malaysia (UUM), berkata Pengerusi Prasarana itu mesti meminta maaf kepada orang ramai dan menetapkan satu ikrar untuk memastikan insiden seperti itu tidak berulang pada masa depan.

Beliau berkata, walaupun kemalangan itu tidak mencapai tahap sehingga menyebabkan kehilangan nyawa penumpang, namun Tajuddin perlu meminta maaf dan berjanji supaya keyakinan rakyat terhadap sistem pengangkutan itu tidak luntur.

“Beliau perlu bertanggungjawab sepenuhnya kerana kejadian seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Cuma kejadian ini tidak besar. Tetapi sebagai pengerusi, beliau perlu minta maaf dan mengakui kesalahan serta berjanji untuk memperbaiki keadaan.

Dalam isu ini, Tajuddin perlu memberikan komitmen yang lebih jelas mengenal pasti kelemahan dari segi proses, stuktur, teknologi dan sistem mahupun soal budaya kerja dalamorganisasi itu. Beliau juga perlu telus dan bertanggungjawab kepada rakyat khususnya penumpang LRT.

“Kalau di negara-negara lain seperti di Jepun, pengerusi yang melalui kes seperti mesti meletakkan jawatan. Tetapi perkara ini belum menjadi budaya di Malaysia.

“Tetapi kena minta maaf dan berikrar bahawa insiden tidak akan berlaku lagi pada masa depan. Kita bimbang dengan kejadian itu, rakyat akan kehilangan keyakinan untuk menggunakan perkhidmatan LRT pada masa depan,” katanya kepada Wacana.my.

Perkhidmatan LRT diperkenalkan pada 1996 dan sepanjang tempoh itu mengalami beberapa insiden yang menyebabkan kecederaan penumpang. Namun pertembungan dua tren malam tadi adalah kali pertama berlaku dalam sejarah perkhidmaatan LRT.

Dalam satu laporan sebuah portal hari ini, Persatuan Pengguna Pengangkutan Awam (4PAM) mendesak Tajuddin dipecat serta-merta kerana gagal menguruskan insiden melibatkan dua tren LRT yang bertembung dalam terowong antara Stesen Kampung Baru dan KLCC, semalam.

Presidennya, Ajit Johl dipetik sebagai berkata, Tajuddin malam tadi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau mengunjungi lokasi bencana yang disifatkan terburuk dalam sejarah pengangkutan sistem tren negara.

Ini tidak menghormati keselamatan dan kebajikan penumpang,” katanya dalam satu kenyataan.

Sekurang-kurangnya 47 penumpang dilaporkan cedera parah, manakala 166 lagi mengalami cedera ringandalam pertembungan dua tren LRT, masing-masing dari arah Gombak dan Kelana Jaya pada 8.45 malam.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *