• Sunday, 20 June 2021, 9:18 am

Tajuddin dipecat jawatan Pengerusi Prasarana serta-merta

 Tajuddin dipecat jawatan Pengerusi Prasarana serta-merta

Bekas Pengerusi Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ketika melawat lokasi kemalangan membabitkan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) semalam.

Surat yang tular di media sosial hari ini

KUALA LUMPUR, 26 Mei — Perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dilaporkan telah ditamatkan hari ini.

Keputusan itu dinyatakan menerusi sepucuk surat daripada Menteri Kewangan YB Senator Dato’ Sri TengkuĀ Zafrul Tengku Abdul Aziz kepada Tajuddin yang tular di media sosial petang ini, dimana Ahli Parlimen Pasir Salak itu diberitahu bahawa lantikan beliau ditamatkan berkuatkuasa serta-merta.

Keputusan ini disahkan oleh jurucakap Kementerian Kewangan ketika dihubungi petang ini.

Terdahulu, Tajuddin diselar pelbagai pihak terutamanya di media sosial setelah beliau mengadakan sidang media semalam berkenaan kemalangan Transit Aliran Ringan (LRT) malam kelmarin. Di dalam sidang media tersebut, beliau dikatakan tidak profesional dan tidak menghormati para mangsa kejadian tersebut apabila membuat jenaka yang tidak sesuai ketika menjawab soalan daripada pihak media. Para netizen juga turut melahirkan kemarahan mereka menerusi petisyen yang menuntut beliau meletakkan jawatan. Petisyen tersebut mendapat lebih 138,00 tandatangan.

Dalam pada itu, polis mengesahkan bahawa siasatan terhadap Tajuddin sedang dijalankan berhubung kes beliau tidak memakai pelitup muka semasa sidang media di Stesen LRT KLCC semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata, ā€œPihak kami akan menjalankan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 serta Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.ā€

Berita selanjutnya menyusul.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *