Tahniah PH, hutang negara cecah RM1 trilion-Najib

 Tahniah PH, hutang negara cecah RM1 trilion-Najib

SHAH ALAM, 30 Jan 2022 : “Tahniah PH (Pakatan Harapan) tahniah Guan Eng (Lim Guan Eng), tahniah Abahkau (Tan Sri Mahiaddin Yassin) dan tahniah Atuk! (Tun Dr Mahathir Mohamad)”, demikian kata mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di laman Facebooknya, Jumaat.

Dalam coretannya, Najib secara sinis, mengucapkan tahniah kepada pemimpin PH kerana visi mereka untuk hutang negara mencecah RM1 trilion sudah berjaya.

Ini kerana orang tua selalu berpesan, hati-hati bila berkata kerana ia boleh jadi satu doa.

Petikan akhbar pada 2018

Najib mendakwa, hutang langsung kerajaan kini mencecah RM1 trilion secara rasmi, hari ini (Jumaat).

“Naik 46 peratus, iaitu sebanyak RM316 bilion daripada RM686.8 bilion pada tahun 2017 sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kepada RM1,002.9 bilion.

“Visi mereka untuk hutang negara benar-benar cecah RM1 trilion telah berjaya,” katanya.

Menjelaskan, Najib berkata, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dimansuh, Petronas dijarah manakala aset-aset negara yang memberi pulangan baik pula dijual secara lambak oleh mereka manakala ekonomi negara lembab.

Data hutang sebelum dan selepas PRU14

“Realitinya ialah masa saya PM (Perdana Menteri), pertumbuhan ekonomi adalah laju dan defisit kerajaan turun 8 (lapan) tahun berturut-turut sebelum ianya dinaikkan dengan laju selepas PRU14.

Akibatnya kadar kenaikan hutang kerajaan sangat pantas berbanding masa saya PM – iaitu tempoh PH asyik tuduh negara akan bankrap bawah saya.

Ada sesiapa dari geng sebelah sana nak sangkal pengiraan saya hari ini tak?,’ katanya.

Najib turut mengulas, hutang langsung kerajaan ini adalah cara seluruh dunia mengira hutang sesebuah negara.

Ia bukan kiraan cara dongeng yang diperkenalkan oleh kerajaan PH bagi menipu rakyat bahawa hutang negara sudah cecah RM1 trilion ketika beliau masih menjadi Perdana Menteri.

Sumber : Facebook Najib Razak

fhatihah Zakinan

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  63  =  68