• Monday, 21 June 2021, 2:26 am

Tahanan polis meninggal di IPD Gombak

 Tahanan polis meninggal di IPD Gombak

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) — Seorang tahanan polis meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas semasa ditahan bagi membantu siasatan kes ugutan jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata suspek lelaki berumur 43 tahun itu dibawa ke IPD berkenaan bagi tujuan pendokumentasian.

“Suspek terdahulu ditahan pada 11.20 pagi di hadapan pos pengawal sebuah premis kilang di Taman Selayang Baru, Gombak yang dilaporkan masih dikehendaki.

“Suspek tiba di IPD Gombak pada 11.40 pagi dan semasa berada di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah IPD Gombak, suspek mengalami sesak nafas dan pihak polis telah menghubungi Hospital Selayang untukĀ bantuan kecemasan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Arifai berkata petugas ambulans Hospital Selayang telah tiba di pejabat JSJ IPD Gombak untuk memberikan rawatan kecemasan.

“Penolong Pegawai Perubatan Hospital Selayang kemudiannya telah mengesahkan bahawa suspek telah meninggal dunia padaĀ 12.30 tengah hari tadi,” katanya sambil menambah suspek mempunyai dua rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan mempunyai sejarah rawatan penyakit jantung.

Menurut Arifai siasatan masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dibawa kes Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *