• Sunday, 20 June 2021, 3:02 pm

Tahan sakit 45 minit, tangan tersekat dalam lubang saluran

 Tahan sakit 45 minit, tangan tersekat dalam lubang saluran

Oleh Nurman Nasyriq

JOHOR BAHRU, 2 Jun — Seorang lelaki terpaksa menahan sakit tangan kanannya akibat tersekat dalam lubang saluran selama 45 minit dalam kejadian di rumahnya di Jalan Pulai Tuah, Skudai semalam.

Dalam kejadian pukul 7.40 malam itu, lelaki berusia 37 tahun itu sedang berusaha untuk mengambil barang berharga yang terjatuh ke dalam lubang berkenaan, namun malang tangannya pula yang tersekat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Skudai, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Riduan Akhyar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.44 malam berkaitan kejadian tersebut.

Bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan tangan mangsa menggunakan peralatan khas

Seramai 10 anggota yang diketuai oleh Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan II, Suraini Adnan berserta dua jentera bergegas ke lokasi kejadian.

“Ketika sampai ke tempat kejadian, terdapat seorang lelaki yang tangan kanannya terlekat dalam lubang saluran, manakala besi penutup saluran itu terlekat di sikunya.

Bomba cuba menyelamatkan seorang lelaki terpaksa menahan sakit tangan kanannya akibat tersekat dalam lubang saluran selama 45 minit

“Bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan tangan mangsa menggunakan peralatan khas. Tugas sedikit rumit memotong besi tersebut bagi memastikan mangsa tidak tercedera.

“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan serius, hanya sedikit calar-balar di tangannya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Operasi tamat kira-kira jam 8.30 malam.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *