Tags : piala thomas

SUKAN

Rapatkan jurang pemain muda dengan Zii Jia

KUALA LUMPUR, 19 Okt — Barisan ‘ubi muda’ perseorangan lelaki negara akan diberikan peluang pendedahan secara berterusan supaya jurang prestasi yang ketara antara mereka dan juara All England 2021 Lee Zii Jia dapat dikurangkan. Jaminan itu diberikan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria selepas melihat terdapat perkembangan positif ditunjukkan mereka yang […]Read More

SUKAN

Norza kecewa dengan beberapa pemain…

KUALA LUMPUR, 18 Okt  – Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengakui kecewa dengan beberapa pemain sandaran negara atas kegagalan menyumbang mata pada kempen Piala Thomas di Aarhus, Denmark baru-baru ini. Pemain dimaksudkan Mohamad Norza adalah perseorangan utama negara Lee Zii Jia serta pasangan beregu Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang diletakkan […]Read More

SUKAN

Indonesia juara Piala Thomas

  KUALA LUMPUR, Okt 18 – Indonesia muncul juara Piala Thomas sekaligus menamatkan penantian mereka selama hampir 20 tahun selepas menewaskan juara bertahan, China 3-0 pada final kejohanan itu di Ceres Arena, Aarhus, Denmark, malam tadi. Kejayaan itu membolehkan Indonesia muncul pasukan paling berjaya dalam saingan itu dengan pencapaian meraih 13 kali selaku juara piala […]Read More

SUKAN

Langkah hantar pemain muda keputusan tepat

PETALING JAYA, 18 Okt — Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membuat keputusan tepat menghantar barisan pemain muda beraksi pada kempen Piala Thomas 2020 di Aarhus, Denmark, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Beliau berkata meskipun tersingkir di pusingan suku akhir, pasukan negara yang mempunyai purata umur 23 tahun dengan lima pemain berusia […]Read More

SUKAN

Zii Jia handal tapi belum konsisten

KUALA LUMPUR, 17 Okt — Perseorangan utama negara Lee Zii Jia telah menunjukkan kualiti seorang pemain handalan dunia pada kempen Piala Thomas 2020 namun corak permainannya masih belum konsisten, kata legenda badminton negara Datuk Rashid Sidek. Bagaimanapun,beliau berpendapat juara All England 2021 itu masih mempunyai masa untuk memperbaiki kelemahannya. “Nak kata stabil, Zii Jia masih belum […]Read More

SUKAN

Kalah bermaruah…

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Legenda badminton negara Datuk Rashid Sidek memuji semangat melawan barisan pemain muda negara biarpun ditunjukkan jalan keluar oleh Indonesia di pusingan suku akhir kempen Piala Thomas di Aarhus, Denmark. Malah, Rashid menyifatkan sebenarnya Indonesia yang dipaksa bekerja keras pada pertembungan itu sebelum mengesahkan tempat ke separuh akhir dengan kejayaan 3-0. […]Read More

SUKAN

Jurang 10 terbaik dunia masih jauh

AARHUS (Denmark), 15 Okt – Aksi skuad muda negara pada kempen Piala Thomas 2020 berakhir di peringkat suku akhir mencetuskan harapan bahawa masa depan badminton negara adalah cerah. Pengarah kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann berkata barisan pemain muda negara menunjukkan semangat juang yang tinggi dan sudah mencuba sedaya upaya sebelum tewas kepada […]Read More

SUKAN

Indonesia lebur impian Piala Thomas

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Skuad badminton negara tersingkir daripada saingan Piala Thomas selepas kecundang 0-3 kepada lawan tradisi dunia badminton, Indonesia pada aksi suku akhir di Aarhus, Denmark, malam tadi. Pemain pertama perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia kalah straight set kepada Anthony Sinisuka Ginting, 15-21, 17-21. Gandingan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo […]Read More

SUKAN

Peluang terbaik balas kekalahan kepada Indonesia

AARHUS (Denmark), 14 Okt – Malaysia berpeluang menebus kekalahan kepada Indonesia selepas kedua-dua pasukan itu diundi sekali lagi bertemu pada saingan suku akhir Piala Thomas di sini pada jam 1.30 tengah hari (7.30 malam waktu Malaysia), hari ini. Malaysia, yang muncul naib juara Kumpulan D selepas tewas 4-1 kepada Jepun di Arena Ceres di sini, […]Read More

SUKAN

Jepun juara Kumpulan D

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Jepun muncul juara kumpulan D selepas mengatasi Malaysia 4-1 pada aksi terakhir saingan peringkat kumpulan Piala Thomas di Ceres Arena, Aarhus, Denmark, hari ini. Pemain nombor satu dunia, Kento Momota memberikan mata pertama buat pasukan Jepun apabila bangkit menewaskan pemain perseorangan utama Malaysia, Lee Zii Jia dalam saingan tiga set […]Read More