Tags : PEMULIH

NASIONAL

Pelan Pemulihan Negara, bantu rakyat buat perancangan

PUTRAJAYA, 2 Julai — Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu lalu bukan hanya untuk kerajaan malah ia memudahkan rakyat untuk membuat perancangan diri, keluarga dan perniagaan masing-masing. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata kementeriannya memandang serious usaha membantu kumpulan sasar dibawah kementerian […]Read More

Semasa

Terima kasih PM – GPPPPKM

PENJAJA dan peniaga kecil kini mampu menarik nafas lega atas keprihatinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menyalurkan bantuan tambahan menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi atau PEMULIH yang diumumkan pada 28 Jun lalu. Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPPKMM), Datuk Ramli Norani berkata, golongan penjaja dan peniaga kecil […]Read More

NASIONAL

PEMULIH langkah terbaik bantu rakyat

JOHOR BAHRU, 30 Jun — Pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) merupakan langkah strategik dan terbaik kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam membantu rakyat yang terkesan akibat COVID-19. Ketua Wanita PN Johor, Datuk Azlinda Abdul Latiff berkata, pengumuman peruntukan RM150 bilion dalam PEMULIH itu juga adalah bukti kerajaan PN prihatin terhadap keperluan rakyat. “Wanita […]Read More

EKONOMI

PEMULIH dan Moratorium mampu merancakkan ekonomi tempatan

KUALA LUMPUR, 30 Jun — Inisiatif terbaharu diumumkan kerajaan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) mampu merancakkan ekonomi tempatan selain membantu untuk merangsang semula pasaran saham tempatan. Prof. Madya Datuk Dr. Muhammad Hussin dari Pakar Ekonomi & Kajian Inovasi Pembelajaran & Pengajaran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, dana yang disuntik kerajaan untuk […]Read More

EKONOMI

Tun M akui usaha kerajaan

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Di dalam blog beliau semalam, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad mengakui bahawa kerajaan kini responsif terhadap masalah dan tekanan yang dihadapi rakyat akibat pendemik dan penutupan aktiviti ekonomi dan sosial yang berterusan, namun mengatakan bahawa masih banyak yang perlu dilakukan bagi memastikan kelangsungan hidup rakyat. Selain memberikan pandangan kritikal […]Read More

KOMUNITI

Bank tidak kenakan faedah terkompaun, caj lewat bayar moratorium – Tengku Zafrul

PUTRAJAYA, 29 Jun — Bank-bank tidak akan mengenakan faedah terkompaun dan caj penalti lewat bayaran bagi moratorium enam bulan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Ketika menegaskannya, beliau berkata kerajaan membangkitkan perkara itu dan telah mendapat persetujuan bank-bank dalam pertemuan mereka baru-baru ini. “Buat laporan serta aduan […]Read More

politik

PN Johor minta rakyat jayakan Pelan Pemulihan Negara

JOHOR BAHRU, 29 Jun – Perikatan Nasional (PN) Johor meminta rakyat tanpa mengira latar belakang ideologi politik supaya terus bersama-sama kerajaan dalam mendepani cabaran pandemik COVID-19, sekali gus menjayakan Pelan Pemulihan Negara. Setiausaha PN Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dapat menjayakan ‘roadmap’ peralihan keluar […]Read More

Semasa

PEMULIH: Bantuan khas miskin tegar, B40 dan M40

KUALA LUMPUR, 28 Jun — Lebih 11 juta isi rumah dan warga emas serta golongan bujang akan mendapat manfaat penuh Bantuan Khas COVID-19 (BKC) yang diumumkan kerajaan hari ini. Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bantuan peruntukan sebanyak RM4.6 bilion itu akan mula diberikan pada Ogos ini. “Isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima […]Read More

KESIHATAN

Muhyiddin umum Pakej PEMULIH berjumlah RM150 bilion; moratorium 6 bulan tanpa syarat

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) berjumlah RM150 bilion merangkumi suntikan langsung fiskal kerajaan RM10 bilion, bagi memberikan bantuan menyeluruh kepada rakyat ketika Malaysia masih berperang melawan pandemik COVID-19. Menurut beliau, bantuan itu menumpukan kepada tiga fokus utama iaitu Meneruskan Agenda […]Read More