Tags : pelajar

UTAMA

600 roti canai percuma untuk penuntut UMP

KUANTAN, 11 Januari 2022 – Sebanyak 600 roti canai diberi secara percuma kepada penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP) sempena program ‘Projek Dapur Kita Mahasiswa UMP’ yang julung kali diadakan, di sini semalam. Penuntut UMP kampus Pekan dan Gambang, di sini terdiri daripada penuntut tempatan dan antarabangsaberpeluang merasa roti canai yang disediakan sukarelawan UMP daripada Skuad […]Read More

pendidikan

UPSI meterai perjanjian persefahaman akademik dengan MAIC

Jenjarom : Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini menandatangani perjanjian persefahaman dengan Mahsa Avenue International College (MAIC), untuk memperkukuhkan kualiti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan dalam bidang pengajian pendidikan awal kanak-kanak. Menurut Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff  sebagai sebuah universiti pendidikan terulung tanahair, UPSI mengalu-alukan jaringan kerjasama strategik dengan pihak […]Read More

UTAMA

Insiden membuli dengan kekerasan, 10 pelajar MRSM ditamatkan pengajian

ETALING JAYA : Memandang serius kejadian buli yang berlaku dikalangan pelajar berasrama penuh, Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) menamatkan pengajian 10 pelajar yang terlibat dengan insiden itu. Ketua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf, mengkaji kes berkenaan dengan teliti sebelum mengambil keputusan itu dalam mesyuaratnya hari ini.  Memetik laporan Berita Harian, Azhar berkata, pihaknya tegas dengan […]Read More

UTAMA

Ketetapan sesi persekolahan 2022 berdasarkan Akta 550

UALA LUMPUR, 10 Dis — Ketetapan sesi persekolahan 2022 dan 2023 untuk bermula pada Mac adalah berdasarkan peruntukan di dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) iaitu berhubung dengan bilangan hari persekolahan. Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Mah Hang Soon dalam sesi soal jawab Dewan Rakyat pada Khamis berkata sesi persekolahan itu akan dijadikan sebagai panduan […]Read More

Inovasi

Sultan Perak Berkenan Lancar Sambutan 100 Tahun SITC-MPSI-IPSI-UPSI

Tanjong Malim, 28 November 2021: Sebaik tamat Majlis Istiadat Konvokesyen Kali-22,  Jumaat lalu, warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memberi tumpuan  membuat persiapan untuk majlis pelancaran Sambutan 100 Tahun yang akan berlangsung Isnin ini. Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff mengucapkan terima kasih kepada semua warga UPSI yang bertungkus-lumus memerah keringat […]Read More

UTAMA

Pensyarah IPTA didakwa lakukan gangguan seksual

ETALING JAYA: Menjijikan, apabila seorang individu yang merupakan seorang tenaga pengajar di sebuah pusat pengajian tinggi awam didakwa telah melakukan gangguan seksual terhadap pelajarnya baru ini. Menurut sumber, pensyarah “miang” yang bernama Nizam itu merupakan salah seorang tenaga pengajar di Universiti Teknologi Mara Di Puncak Alam, Selangor. Difahamkan, pensyarah “miang” itu didakwa telah melakukan gangguan […]Read More

NASIONAL

Guru dan Murid terperangkap dalam kejadian banjir kilat

UALA LUMPUR, 1 Nov — Seramai 14 murid sekolah kebangsaan Sri Serdang dilaporkan terperangkap didalam kejadian banjir kilat petang tadi. Pengarah Bomba Dan Penyelamat Negeri Selangor, Norazam Khamis berkata 11 orang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan terperangkap bersama 13 orang guru perempuan dan lima orang guru lelaki di sekolah berkenaan. Kerja menyelamat selesai […]Read More

NASIONAL

Sekolah kembali dibuka hari ini

UALA LUMPUR, 1 Nov — Hampir lima bulan ditutup, institusi pendidikan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka kembali beroperasi hari ini. Operasi institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini adalah berdasarkan peralihan ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) sejak 18 Oktober lalu. Bagaimanapun, pembukaan sekolah hari ini hanya membabitkan kemasukan bagi […]Read More

WAAW

#WAAW Wanita jerat diri, jalinkan hubungan haram dengan suami orang?

ETALING JAYA: Pelik tapi benar, itulah yang berlaku pada saat ini apabila, seorang wanita yang mulanya hanya membuat “experiment” percintaan kini telah menjerat dirinya dengan hubungan terlarang. Menurut perkongsian yang dibuat oleh individu berkenaan, dia telah membuat “experiment” untuk menguji kesetiaan dengan menjalinkan hubungan perasaan bersama suami wanita lain. Difahamkan, wanita berkenaan adalah merupakan seorang […]Read More

NASIONAL

89 peratus pelajar tajaan MARA daripada golongan B40, nafi dakwaan utamakan T20

UALA LUMPUR, 12 Okt — Sebanyak 89 peratus pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) tahun ini adalah daripada golongan B40 sekali gus menafikan dakwaan tajaan itu mengutamakan pelajar daripada keluarga T20. Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata hingga 30 Sept lepas, seramai 50,555 pelajar telah mendapat tajaan MARA melibatkan 44,994 atau 89 […]Read More