Tags : judi

WAAW

Adele tegah jutawan judi hadiri konsert?

AS VEGAS : Penyanyi popular Adele berkeras ingin memberi ruang kepada peminatnya membeli tiket konsertnya di Colosseum Theatre, Caesars Palace, dan menegah jutawan judi untuk mendominasi pembelian. Adele,33, juga berjaya menyakinkan pemilik lokasi berkenaan supaya tidak memberi tiket percuma kepada jutawan judi yang sering berbelanja besar di sana.  Adele atau nama sebenarnya Adele Laurie Blue […]Read More

UTAMA

Premis Judi: Keputusan muktamad, tak perlu datang bincang lagi – Sanusi

LOR SETAR, 19 Nov — Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, keputusannya untuk menghentikan memperbaharui lesen premis bagi kedai nombor pertaruhan di negeri ini adalah muktamad. “Muktamad (Ia adalah muktamad). Tidak perlu datang berbincang (perkara itu dengan kami) lagi,” kata Sanusi. Beliau turut berkata, premis kedai nombor pertaruhan sedia ada perlu […]Read More

politik

Jangan undang kemurkaan Allah

UALA LUMPUR, 12 Okt — Kerajaan terus digesa membatalkan cadangan untuk menaikkan cabutan khas pertaruhan sebanyak 22 kali sepanjang tahun ini. Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)(Pindaan) 2021 berkata, kenaikan cabutan khas itu tidak memberikan sebarang faedah kepada rakyat. Justeru, beliau berharap […]Read More

UTAMA

Semak semula kekerapan cabutan khas judi – PAS

OTA BHARU, 23 Sept — PAS meminta supaya kerajaan menyemak semula keputusan meningkatkan kekerapan cabutan khas nombor ramalan menjadi 22 kali sepanjang tahun ini, kata Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Beliau berkata parti itu juga sejak dahulu lagi membantah isu berkaitan judi yang dibuat sama ada secara terbuka ataupun dalaman malah menganggap keputusan […]Read More

JENAYAH

Polis serbu pusat judi online, enam ditahan

UALA LUMPUR, 23 sept — Polis menahan enam lelaki warga tempatan kerana disyaki terlibat kegiatan perjudian dalam talian menggunakan telefon bimbit di Taman Miharja, di sini. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, kesemua suspek berusia 51 hingga 76 tahun itu ditahan dalam serbuan pada jam 3.50 petang Rabu. “Polis merampas 12 […]Read More

UTAMA

#WAAW Jenayah bekas ahli BigBang cetus ancaman kepada Korea Selatan?

EOUL : Bekas ahli kumpulan BigBang, Seungri didapati bersalah terhadap sembilan pertuduhan membabitkan kegiatan pelacuran dan perjudian. Seungri atau nama sebenarnya, Lee Seung-hyun dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap semua pertuduhan terhadap dirinya termasuklah kegiatan perjudian antarabangsa. “Tertuduh (Seungri) mengatur tawaran seksual kepada pelabur asing menerusi pelbagai acara serta bersekongkol dengan rakan perniagaannya Yoo In-suk […]Read More

UTAMA

20 lelaki leka sabung ayam dicekup

ULAI, 26 Jul — Sekumpulan 20 lelaki ditahan kerana terlibat dalam aktiviti judi laga ayam di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Baru Senai, di sini semalam. Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, Ops Judi Laga Ayam itu dijalankan sekumpulan pegawai dan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Kulai […]Read More

JENAYAH

Sindiket judi bola tumpas, nilai pertaruhan RM19 juta

OHOR BAHRU, 29 Jun — Satu sindiket judi dalam talian sempena Kejohanan bola sepak Euro 2020 membabitkan nilai pertaruhan RM19 juta tumpas menerusi Ops Saga VIII yang dilakukan polis Johor di seluruh negeri hingga kelmarin. Menerusi operasi di setiap daerah dari 10 hingga 26 Jun lalu, 40 serbuan dilakukan di rumah yang dijadikan tempat aktiviti […]Read More

penguatkuasaan

Pemimpin politik, lima lelaki ditahan bermain judi

POH, 28 Jun — Polis menahan enam lelaki termasuk seorang pemimpin bahagian sebuah parti politik yang sedang leka bermain judi poker di sebuah rumah di Taman Tapah Indah dekat Tapah, semalam. Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata hasil maklumat orang awam, keenam-enam lelaki berusia 38 hingga 56 tahun ditahan dalam serbuan […]Read More

UTAMA

Judi Euro 2020 libatkan remaja bawah umur tumpas

ERDANG, 26 Jun  — Sindiket perjudian dalam talian dan pertaruhan bola sepak UEFA EURO 2020, yang dipercayai baharu tiga hari beroperasi, tumpas selepas polis menyerbu sebuah pangsapuri di Seri Kembangan di sini pada Isnin lepas. Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. Anbalagan berkata dalam serbuan pada kira-kira 9 malam itu, sembilan individu ditahan termasuk tiga remaja […]Read More