Tags : Jenayah

JENAYAH

Long Tiger mengaku salah, dipenjara 12 bulan

TANGKAK, 20 Januari – Long Tiger atau nama sebenarnya  Abdul Hamim Ab. Hamid dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini kerana melarikan diri daripada tahanan polis pada 15 Disember lalu. Tertuduh yang merupakan seorang lelaki berketurunan Rohingya berusia 33 tahun  membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan […]Read More

JENAYAH

Datuk enggan masuk campur urusan Daniel, hukuman digantikan kepada khidmat masyarakat

ETALING JAYA : Datuk kepada remaja berusia 19 tahun yang dimandikan seperti jenazah gara-gara cuba mencuri tabung masjid yang viral baru-baru ini, menegaskan tidak mahu mencampuri urusan cucunya lagi. Rosli Sidek, 65, memaklumkan tidak diberitahu mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengenepikan hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 kepada khidmat masyarakat selama 120 jam […]Read More

JENAYAH

Ketua keselamatan rasuah direman

Oleh Nazira SEREMBAN, 12 Jan 2022 – Seorang ketua keselamatan di sebuah syarikat kontraktor direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah terhadap seorang penyelia keselamatan dua tahun lalu. Selepas permohonan dibuat oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lelaki berusia 40 tahun itu direman bermula Rabu di Mahkamah Khas Reman Seremban. Penolong […]Read More

Mahkamah

SPRM tahan penerbit rancangan wanita

ETALING JAYA: Tiada angin, tiada ribut, secara tiba-tiba nama seorang penerbit rancangan wanita menjadi siulan dan teka teki pengguna media sosial hari ini, kerana terpalit dakwaan memalsukan butir matan tiga rancangan dokumentari. Ramai yang ingin tahu siapakah indentiti sebenar penerbit wanita yang dimaksudkan tersebut. Difahamkan, wanita yang bertugas sebagai penerbit rancangan di sebuah agensi penyiaran, […]Read More

UTAMA

Tarik diri sebagai peguam bela Long Tiger

JOHOR BAHRU – Pihak guaman, Shaharudinali Azfarazmi & Co yang mewakili Abdul Hamim Ab. Hamid atau dikenali dengan panggilan ‘Long Tiger’ menarik diri sebagai peguam bela dalam kes-kes yang melibatkan individu berkenaan. Peguam bela, Datuk Shaharudin Ali berkata, pihaknya mengalami masalah untuk mendapatkan arahan-arahan daripada Abdul Hamim, 32, bagi maksud perjalanan kes yang membabitkan lelaki […]Read More

JENAYAH

Suspek menculik kanak-kanak, lakukan amang seksual, samun OKU

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki yang melarikan kanak-kanak dan melakukan amang seksual terhadapnya serta menyamun seorang lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) dicekup polis di Kampung Kangkar Baru, Yong Peng semalam. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, suspek berusia 36 tahun ditahan pasukan khas Cawangan D9 Jabatan Siasatan Jenayah Johor pada jam […]Read More

JENAYAH

Long Tiger lolos dari lokap mahkamah

MUAR – Polis sedang mengesan seorang lelaki berketurunan Rohingya yang dikenali sebagai ‘Long Tiger’ yang  meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, hari ini. Abdul Hamim Ab. Hamid, 32, berjaya melarikan diri ketika menunggu proses perbicaraan di mahkamah berkenaan untuk menghadiri pertuduhan di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan yang dihadapinya. Ketua Polis Daerah Tangkak, Suptenrden […]Read More

JENAYAH

TNB rugi RM220,521 angkara perlombongan haram bitcoin

JOHOR BAHRU – Sebuah premis yang menjadi pusat perlombongan bitcoin secara haram di Taman Berjaya, Skudai, di sini dengan melakukan kegiatan mencuri bekalan elektrik diserbu pagi tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dalam serbuan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 40 tahun dalam operasi bersepadu dijalankan bersama-sama pihak Tenaga Nasional Berhad […]Read More

penguatkuasaan

Sewa kereta bawa isteri dan anak kecil lakukan jenayah

BENTONG, 6 Disember 2021 – Seorang lelaki bertindak membawa isteri dan dua anak yang berusia tiga dan empat tahun ketika melakukan kegiatan jenayah pecah kereta dan pecah premis di sekitar Genting Highlands, di sini. Untuk menyembunyikan aktiviti jenayah dilakukan lelaki berkenaan menggunakan taktik menyewa kenderaan dan mendaftarkannya dalam perkhidmatan Grab manakala isteri suspek menjadi ‘mata’ […]Read More

NASIONAL

Buli sampai mati! Selain Zulfarhan, 5 kes buli ini pernah menggemparkan negara

Dalam minggu ini hangat diperkatakan di media sosial dan dada-dada akhbar mengenai nasib 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain yang 80% anggota badannya dipenuhi kesan terbakar. Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat universiti itu […]Read More