Tags : Istana Negara

politik

Ahli Parlimen UMNO, BERSATU, BEBAS selesai menghadap Agong

KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Ahli-ahl Parlimen dari pada parti UMNO, BERSATU, dan BEBAS selesai menghadap Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Kenderaan yang membawa ahli-ahli parlimen tersebut selesai menghadap Yang Di-Pertuan Agong pada jam 11.50 pagi. Kesemua ahli Parlimen tersebut tiba di hadapan Pintu 2, Istana Negra pada jam 10.40 pagi. […]Read More

NASIONAL

Ahli Parlimen UMNO masuk ke Istana Negara

KUALA LUMPUR, 19 Ogos —  Istana Negara terus menjadi tumpuan hari ini, tiga hari selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, Isnin lepas. Bas membawa Ahli-ahli Parlimen UMNO dilihat memasuki Pintu Dua Istana Negara pada pukul 10.38 pagi, diikuti lebih 10 kenderaan lain. Kelihatan tiga pemimpin berada di dalam bas iaitu Ahli […]Read More

politik

Istana Negara jadi tumpuan lagi, siapa PM-9?

KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Ahli-ahli Parlimen daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dijangka ke Istana Negara pada jam 10 pagi pada Khamis. Difahamkan kehadiran ahli-ahli Parlimen pro-PN itu untuk mengesahkan surat akuan bersumpah (SD) sokongan mereka kepada calon Perdana Menteri. Sesi menghadap ahli-ahli Parlimen itu dijadualkan berlangsung dalam […]Read More

NASIONAL

BERSATU dijadual menghadap Agong 11 pagi ini

KUALA LUMPUR, 19 Ogos — BERSATU dijadual akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, pada 11 pagi ini. Ini dipercayai berkaitan dengan perbincangan berhubung siapa bakal dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan. Difahamkan, Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin akan hadir dalam pertemuan itu. Selain BERSATU, Gabungan Parti Sarawak […]Read More

politik

“Kita akan fikir” – PEJUANG pertimbang jika ada pelawaan sertai PN

KUALA LUMPUR, 18 Ogos — PEJUANG berkata pihaknya sedia mempertimbangkan sekiranya ada pelawaan daripada Perikatan Nasional (PN) untuk menyertai kabinet di bawah gabungan itu. Perkara itu diutarakan Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Program Ruang Bicara yang disiarkan secara langsung di Bernama TV pada malam Rabu. “Kita akan fikir,” katanya. Terdahulu, Mahathir ditanya apakah bekas […]Read More

politik

Ismal Sabri atau Anwar? SD sokongan selesai dihantar ke Istana Negara

KUALA LUMPUR, 18 Ogos — Beberapa Ahli Parlimen daripada pelbagai parti politik yang dihubungi petang ini mengesahkan mereka telah menyerahkan surat akuan bersumpah masing-masing kepada Istana Negara dan menyertakan nama calon pilihan untuk menjadi perdana menteri kesembilan, seperti yang diminta Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun semalam. Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil […]Read More

UTAMA

GPS baru mula mesyuarat calon Perdana Menteri

KUALA LUMPUR, 18 Ogos –Kurang beberapa jam sebelum tempoh pencalonan bakal Perdana Menteri perlu diserahkan kepada Istana Negara,  Gabungan Parti Sarawak (GPS) baru memulakan mesyuarat bagi membincangkan perkara tersebut. BH Online melaporkan Ketua Whip GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof  dilaporkan berkata keputusan akan dimaklumkan selepas mesyuarat tersebut. “Kami baru hendak bermesyuarat, cara bagaimana dan hal […]Read More

UTAMA

PM terpilih menerusi SD perlu kemuka usul undi percaya di Parlimen –

KUALA LUMPUR, 18 Ogos — Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah bahawa Perdana Menteri yang dilantik hendaklah secepat mungkin mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat untuk mengabsahkan beliau mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan satu Perbincangan Khas Majlis […]Read More

politik

Muhyiddin akan umum calon PM pilihan BERSATU – Wan Saiful

KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin, dijangka mengumumkan calon Perdana Menteri baharu menjadi pilihan parti berkenaan, dalam masa terdekat. Memetik PNBBC, Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan menjelaskan Majlis Pimpinan Tertinggi sudah berbincang mengenai isu berkenaan sejurus selepas Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri bersama anggota Kabinet […]Read More

UTAMA

6 pemimpin parti politik selesai menghadap Agong

KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Semua pemimpin parti politik selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini, hari ini. Sesi menghadap itu yang berlangsung lebih sejam berakhir selepas pemimpin terbabit dilihat meninggalkan perkarangan Istana Negara pada jam 4 petang. Terdahulu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha […]Read More