Tags : guru

UTAMA

Keputusan eGTukar diumum 6 Disember – Radzi Jidin

UALA LUMPUR, 25 Nov — Keputusan permohonan guru, eGTukar akan diumum pada 6 Disember ini menurut Menteri Kanan Pendidikan, Dato Dr Radzi Jidin. Menurut Radzi, dengan pengumuman tersebut dapat memberi ruang kepada guru-guru untuk membuat persiapan sewajarnya menjelang persekolahan bagi tahun 2022. “Tentu ramai guru-guru, khususnya yang memohon pertukaran melalui eGTukar menunggu tarikh keputusan permohonan […]Read More

NASIONAL

Guru dan Murid terperangkap dalam kejadian banjir kilat

UALA LUMPUR, 1 Nov — Seramai 14 murid sekolah kebangsaan Sri Serdang dilaporkan terperangkap didalam kejadian banjir kilat petang tadi. Pengarah Bomba Dan Penyelamat Negeri Selangor, Norazam Khamis berkata 11 orang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan terperangkap bersama 13 orang guru perempuan dan lima orang guru lelaki di sekolah berkenaan. Kerja menyelamat selesai […]Read More

UTAMA

Penggiliran ke sekolah tak tambah beban guru

UALA LUMPUR, 30 Sept — Pelaksanaan kaedah penggiliran ke sekolah dengan membahagikan kelas kepada dua kumpulan pada pembukaan sekolah mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai Ahad ini, tidak akan menambah beban tugas pengajaran guru. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata ini kerana guru hanya perlu mengajar secara bersemuka mengenai silibus sama untuk […]Read More

UTAMA

Guru enggan divaksin sehingga jejas PdP mungkin ditukar

ANGKAWI, 26 Sept — Guru yang menolak vaksin COVID-19 mungkin ditukar ke tempat lain jika tindakan mereka menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid terjejas. Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata demi kepentingan perkhidmatan dan keselamatan pelajar, pihaknya sedang melihat cara untuk membawa keluar guru terbabit dari sekolah yang bermasalah dan antara solusi […]Read More

UTAMA

Guru tolak vaksin dinasihatkan fikirkan pelajar

OHOR BAHRU, 23 Sept — Guru-guru di negeri ini yang masih enggan menerima suntikan vaksin COVID-19 dinasihatkan supaya memikirkan soal pelajar apabila sesi pembelajaran bersemuka dibuka semula bulan depan. Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, tindakan guru-guru tersebut yang menolak pengambilan vaksin hanya akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran para pelajar. “Kepada guru-guru yang […]Read More

NASIONAL

KPM sediakan manual sistem penggiliran

UALA LUMPUR, 23 Sept — Kementerian Pendidikan menyediakan manual pengoperasian pembelajaran dan pengajaran (PdP) secara penggiliran sebagai panduan kepada guru besar, guru, pelajar, ibu bapa serta penjaga. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata manual terbabit adalah bagi memastikan PdP secara penggiliran dapat dilaksanakan dengan baik sebaik sekolah dibuka mulai 3 Oktober ini. “Sebelum […]Read More

KESIHATAN

563 guru di Johor masih tolak vaksinasi

OHOR BAHRU, 20 Sept — Seramai 563 daripada 779 guru di negeri ini masih menolak untuk divaksinasi walaupun penerangan tentang kebaikan suntikan vaksin telah diberikan kepada mereka. Namun, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang berkata, golongan tersebut akan terus diberi penerangan tentang kebaikan suntikan vaksin terhadap kesihatan dalam mengekang penularan COVID-19. […]Read More

NASIONAL

Guru KAFA, pegawai masjid, jurunikah enggan divaksinasi berkemungkinan dilarang bertugas

UALA LUMPUR, 2 Sept — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di negeri ini yang masih berdegil dan enggan mengambil vaksin COVID-19 bahawa mereka berkemungkinan tidak dibenarkan meneruskan tugas. Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook Selangor Royal Office hari ini, Sultan Sharafuddin bertitah tindakan sama juga […]Read More

KESIHATAN

26 guru di Perlis tolak vaksin COVID-19

ANGAR, 26 Ogos — Masih terdapat 26 orang guru daripada 4,710 orang guru di Perlis menolak untuk menerima suntikan vaksin Covid-19. Exco Pendidikan negeri Rozieana Ahmad berkata, pihaknya sedang berusaha untuk memujuk guru-guru tersebut sebelum sesi persekolahan dibuka nanti bagi memastikan bahawa sesi persekolahan dapat berjalan dengan lancar dan selamat untuk semua. Roziena yang ditemui […]Read More

UTAMA

Vaksin: Guru harus jadi contoh kepada murid – Sultan Johor

OHOR BAHRU, 23 Ogos — Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, kakitangan awam termasuk golongan guru perlu memahami betapa pentingnya pengambilan vaksin untuk melindungi diri, keluarga, serta masyarakat. Justeru, baginda bertitah, guru-guru patut menjadi contoh dan melindungi anak murid, bukannya membahayakan mereka, apatah lagi sesi persekolahan akan dibuka tidak lama lagi. “Saya dan keluarga […]Read More