Tags : BAM

SUKAN

Rapatkan jurang pemain muda dengan Zii Jia

KUALA LUMPUR, 19 Okt — Barisan ‘ubi muda’ perseorangan lelaki negara akan diberikan peluang pendedahan secara berterusan supaya jurang prestasi yang ketara antara mereka dan juara All England 2021 Lee Zii Jia dapat dikurangkan. Jaminan itu diberikan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria selepas melihat terdapat perkembangan positif ditunjukkan mereka yang […]Read More

SUKAN

Norza kecewa dengan beberapa pemain…

KUALA LUMPUR, 18 Okt  – Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengakui kecewa dengan beberapa pemain sandaran negara atas kegagalan menyumbang mata pada kempen Piala Thomas di Aarhus, Denmark baru-baru ini. Pemain dimaksudkan Mohamad Norza adalah perseorangan utama negara Lee Zii Jia serta pasangan beregu Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang diletakkan […]Read More

SUKAN

Langkah hantar pemain muda keputusan tepat

PETALING JAYA, 18 Okt — Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membuat keputusan tepat menghantar barisan pemain muda beraksi pada kempen Piala Thomas 2020 di Aarhus, Denmark, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Beliau berkata meskipun tersingkir di pusingan suku akhir, pasukan negara yang mempunyai purata umur 23 tahun dengan lima pemain berusia […]Read More

SUKAN

Indonesia lebur impian Piala Thomas

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Skuad badminton negara tersingkir daripada saingan Piala Thomas selepas kecundang 0-3 kepada lawan tradisi dunia badminton, Indonesia pada aksi suku akhir di Aarhus, Denmark, malam tadi. Pemain pertama perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia kalah straight set kepada Anthony Sinisuka Ginting, 15-21, 17-21. Gandingan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo […]Read More

SUKAN

Kisona akui hilang rentak

AARHUS (Denmark), 12 Okt – Pemain perseorangan wanita negara, S Kisona mengakui pretasinya tidak berada pada tahap terbaik buat masa ini, tetapi berjanji akan bekerja keras untuk kembali mendapatkan rentaknya dalam masa terdekat. Pemain berusia 23 tahun yang dikejutkan dengan kekalahan 9-21, 14-21 kepada pemain ranking ke-183 Talia Ng dari Kanada pada aksi terakhir Kumpulan […]Read More

SUKAN

Qi Xuan sedia berdepan pemain China

AARHUS (Denmark), 9 Okt – Turun ke gelanggang tanpa tekanan menjadi kunci kejayaan pemain perseorangan wanita negara Eoon Qi Xuan yang mencipta kejutan pada perlawanan pembukaan kumpulan D, Kejohanan Badminton Piala Uber pada Sabtu. Biarpun jurang ranking 100 anak tangga di bawah, pemain berusia 20 tahun yang tewas 21-18 pada set pertama, bangkit mengejutkan lawannya […]Read More

SUKAN

Malaysia ‘kena smash’ 4-1

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Pasukan Piala Uber negara tewas 4-1 pada perlumbaan pembukaan D Kejohanan Badminton Piala Uber berlangsung di Ceres Arena, Aarhus, Denmark, malam tadi. Pada perlawanan itu, Mia Blichfeldt menewaskan S Kisona 21-11, 21-7, Line Christophersen kalah kepada Eoon Qi Xuan 21-18, 18-21, 15-12, manakala beregu Amalie Magelund/Freja Ravn mengatasi Teoh Mei […]Read More

SUKAN

Hensem kan basikal baru Yonex saya?

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei kini mempunyai hobi baru iaitu berbasikal. Jika dulu pada zaman kegemilangannya dan sebelum era pandemik Covid-19 melanda dunia, peminat pasti tidak sabar menanti di depan televisyen atau telefon bimbit untuk menyaksikan pemain badminton kesayangan negara ini turun beraksi di gelanggang dalam saingan […]Read More

SUKAN

Kisona terasa hati

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Pemain perseorangan wanita negara S Kisona mengakui kenyataan berbaur perkauman terhadapnya menerusi media sosial semasa kejohanan Piala Sudirman baru-baru ini, telah menjejaskan psikologi dan prestasinya. Bagaimanapun, pemain berusia 23 tahun dari Seremban, Negeri Sembilan itu bertekad untuk mengetepikan kejadian itu dan menumpukan perhatian pada perlawanan pembukaan Piala Uber menentang tuan […]Read More

SUKAN

Jangan hilang fokus di Denmark

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Wong Choong Han bersikap realistik dan mahu pemain skuad Piala Uber memberi tumpuan kepada cabaran Denmark dalam saingan apabila Piala Thomas dan Uber membuka gelanggang di Aarhus, Denmark, malam ini. Beliau yang juga pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann menyatakan mahu pemain wanita bertarung dalam saingan Piala […]Read More