Tabung Haji lantik Amrin Awaluddin CEO baharu berkuat kuasa 6 Mei

 Tabung Haji lantik Amrin Awaluddin CEO baharu berkuat kuasa 6 Mei

KUALA LUMPUR, 28 April  — Datuk Seri Amrin Awaluddin akan menggantikan Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) yang baharu berkuat kuasa 6 Mei 2021.

Amrin yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam sektor korporat pada masa ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Dalam satu kenyataan hari ini, TH berkata Mohd Hasyudeen Yusoff akan melepaskan jawatannya pada 5 Mei selepas menerajui TH sejak 1 Sept, 2019.

“Pelantikan itu telah dipersetujui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri,” katanya.

Amrin memulakan karier beliau di instutusi perbankan sebelum memegang beberapa jawatan penting di syarikat seperti Renong Bhd, Malaysian Resources Corporation Bhd dan Putera Capital Bhd.

TH kini mempunyai kira-kira sembilan juta pendeposit dan dana terkumpul hampir RM80 bilion.

 

 

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

51  +    =  61