Syed Saddiq tiba di mahkamah

 Syed Saddiq tiba di mahkamah

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berdepan pendakwaan kes penyalahgunaan dana BERSATU bernilai RM1.12 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.

 

KUALA LUMPUR, 22 Jul — Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tiba di Mahkamah Sesyen pagi ini, dipercayai bagi berdepan satu pertuduhan pecah amanah membabitkan wang RM1 juta dan satu pertuduhan lain.

Ahli Parlimen Muar itu tiba kira-kira jam 9.02 pagi dengan diiringi barisan peguamnya, Gobind Singh Deo dan Datuk Ambiga Sreenevasan.

Kes Syed Saddiq akan disebut di hadapan Hakim Azura Alwi dan Suzana Hussin.

Difahamkan, Syed Saddiq akan didakwa mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan berhubung dakwaan pecah amanah dana sebuah parti politik dan Seksyen 403 Kanun Keseksaan berkaitan menyalahgunakan harta iaitu wang.

Sumber berkata, kesalahan itu dipercayai dilakukan pada 2018 dan 2020.

Terdahulu, beberapa individu dipercayai kenalan dan ahli keluarga Syed Saddiq termasuk ibu bapanya, Syed Abdul Rahman Syed Abdullah Al-Sagoff dan Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz dilihat hadir di lobi mahkamah.

Turut kelihatan, Naib Presiden PKR, Tian Chua, Ahli Parlimen Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil dan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *