Syarikat tidak serik import tanpa permit, MAQIS rampas produk jagung

 Syarikat tidak serik import tanpa permit, MAQIS rampas produk jagung

KUALA LUMPUR, 22 Jun — Pernah ditahan atas kesalahan sama, sebuah syarikat pengimport makanan industri ternakan sekali lagi dikenakan tindakan.

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor kali ini merampas 98,400 kilogram makanan gluten jagung dari Korea tanpa permit import sah di Pelabuhan Klang Utara.

Pengarahnya, Zamri Hashim berkata, makanan tambahan bagi industri ternakan yang dianggar bernilai RM291,364 dirampas dalam pemeriksaan rutin dilakukan pada pukul 12 tengahari Isnin lepas.

“Syarikat terbabit gagal mengemukakan permit import yang sah kepada pegawai penguat kuasa, berikutan itu semua barang dagangan dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Tambah beliau, mengimport sebarang jenis keluaran pertanian tanpa permit sah merupakan kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

8  +  1  =