• Wednesday, 16 June 2021, 6:28 am

Syarikat perdagangan pengedaran perlu mohon surat kebenaran baru melalui CIMS MITI

 Syarikat perdagangan pengedaran perlu mohon surat kebenaran baru melalui CIMS MITI

PUTRAJAYA, 1 Jun  — Semua syarikat sektor perdagangan pengedaran di bawah seliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh mulai hari ini sehingga 14 Jun diminta memohon semula surat kebenaran baharu.

KPDNHEP menerusi notis yang dimuat naik dalam laman Facebook rasminya memaklumkan permohonan semula surat kebenaran beroperasi tersebut boleh dibuat di pautan COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di https://notification.miti.gov.my/login.

Menurut KPDNHEP, surat kebenaran CIMS/MITI terdahulu adalah terbatal.

“Syarikat yang telah memohon sebelum ini menerusi pautan KPDNHEP diminta untuk berbuat demikian. Hanya surat kelulusan CIMS/MITI sahaja yang diperakui oleh penguat kuasa semua agensi kerajaan bagi memastikan keseragaman dan mengelak kekeliruan,” menurut KPDNHEP.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut dan direktori kementerian, KPDNHEP menyarankan pemain industri serta orang ramai untuk melayari laman sesawang MITI di www.miti.gov.my.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad lepas mengumumkan 10 jenis perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh sekatan pergerakan penuh antaranya stesen minyak, pasar raya, kedai penjagaan atau makanan haiwan serta bengkel kenderaan.

Bagaimanapun kebenaran beroperasi adalah tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) Sektor Perdagangan Pengedaran Perintah Kawalan dan Pergerakan (PKP) sedia ada yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *