Syarikat di Asia Tenggara beri tumpuan terhadap penyusunan semula perniagaan

 Syarikat di Asia Tenggara beri tumpuan terhadap penyusunan semula perniagaan

KUALA LUMPUR, 11 Mac — Kesan kewangan dan gangguan kehidupan pekerjaan yang disebabkan oleh pandemik COVID-19 telah mendorong para majikan di rantau Asia Tenggara untuk memberi tumpuan kepada menentukan keperluan tenaga kerja masa depan dengan menyusun semula serta mempraktikan peningkatan kemahiran secara aktif.

Ini bertujuan mempersiapkan perniagaan dan tenaga kerja mereka untuk lebih bersedia pada masa hadapan, demikian menurut kaji selidik Trend Bakat Global 2021 oleh Mercer.

Turut tersenarai sebagai keutamaan ialah mengembalikan semula kelestarian perniagaan dengan syarikat memperluas pandangan mereka mengenai tanggungjawab organisasi kepada masyarakat, meningkatkan metrik kejayaan melangkaui pemegang kepentingan untuk melibatkan sekali pengguna, pekerja dan persekitaran, kata kajian itu.

Menurut Mercer yang merupakan firma perunding global dan penyedia penyelesaian yang dipacu teknologi, ia berkata hampir separuh daripada majikan di rantau Asia Tenggara seperti Ā Indonesia, Thailand, Malaysia dan Filipina, telah menilai struktur organisasi jangka panjang dan keperluan tenaga kerja pada tahun 2021.

Kajian itu mendapatiĀ 82 peratus syarikat di rantau Asia Tenggara mengkaji semula apakah faedahĀ  yang paling relevan untuk kumpulan pekerja yang berbezaĀ walaupun lebih banyak yang dapat dilakukan untuk menyokong pendidikan kewangan pekerja kerana hanya 27 peratus syarikat yang merancang untuk menawarkan lebih banyak tahun ini.

Memandangkan kerja secara ā€˜remoteā€™ kini telah menjadi keutamaan dan cara baharu bekerja memerlukan kemahiran baharu, 63 peratus syarikat di Asia Tenggara berusaha untuk fokus kepada peningkatan tenaga kerja yang disasarkan untuk kumpulan bakat penting;Ā 59 peratus mencipta semula fleksibiliti untuk tenaga kerja dan 48 peratus untuk mengembangkan bakatĀ dan ekosistem pembelajaran mereka.

Walaupun 63 peratus syarikat telah mengenal pasti kemahiran baharu yang diperlukan untuk operasi mereka selepas berakhirnya pandemik, hanya 11 peratus pemimpin sumber manusia (HR) merancang untuk berpindah ke struktur kemahiran berbayar atau ganjaran perolehan kemahiran.

Sementara itu, syarikat di seluruh Asia Tenggara menyedari bahawa menyesuaikan kemahiran dan peranan pekerja dengan cara kerja selepas pandemik berakhirĀ akan menjadi penting untuk membangunkanĀ daya tahan organisasi, tambahnya.

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

47  −    =  42