SWCorp keluarkan 87 kompaun terhadap  premis gagal asing sisa kitar semula

 SWCorp keluarkan 87 kompaun terhadap  premis gagal asing sisa kitar semula

Setiausaha Bahagian, Bahagian Kerajaan Tempatan Mohd. Farid Kassin (kiri) dan Cairul Hisham (dua dari kiri) melihat pameran kitar semula sempena Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan Peringkat Negeri Johor 2021 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru, hari ini

JOHOR BAHRU – Sebanyak 87 kompaun berjumlah RM4,750 dikeluarkan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Johor kepada premis yang gagal mengasingkan bahan kitar semula dalam sisa buangan mereka.

Pengarah SWCorp Johor, Cairul Hisham Jalaluddin berkata, sejak 1 Januari tahun ini, pihaknya telah memeriksa sebanyak 210,000 premis kediaman di seluruh negeri.

“Bermula dari September 2016, kerajaan telah menguatkuasakan undang-undang untuk mengasingkan bahan buangan kitar semula daripada sisa buangan biasa.

“Mana-mana pihak yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan kompaun sehingga RM1,000,” katanya selepas Program Mendaya Komuniti Sempena Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan Johor 2021, di sini hari ini.

Sehubungan itu, pihaknya berharap masyarakat khususnya pemilik kediaman akan mengambil langkah proaktif untuk terus mengasingkan bahan kitar semula di kediaman mereka.

Sementara itu, Cairul Hisham turut memberitahu, pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini untuk menangani masalah longgokan sampah terutamanya di kawasan pedalaman dan terpencil.

Jelasnya, langkah itu termasuk mengesan kawasan pelupusan sampah haram di tanah tidak bercukai di sekitar bandar raya ini termasuklah di Sungai Danga, di sini.

“SWCorp lebih kepada pengesanan lokasi sampah haram. Jadi, jika ada makluman perkara itu memang kita akan terus serbu dengan kerjasama PBT dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Kita sudah kenal pasti kira-kira 200 tapak pelupusan sampah haram di seluruh negeri dan hanya 50 hingga 60 sahaja yang daripadanya berulang,” katanya.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

40  −  30  =