Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
SWCorp anjur program kutip sampah sambil ‘briswalk dan plogging’

Oleh Zuan Azmi
KUALA LUMPUR, 6 Feb – Seawal jam 7.30 pagi, SWCorp Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Alam Flora Sdn. Bhd. telah mengadakan aktiviti Briswalk dan Plogging : Sepagi Bersama YB. Dr. Daroyah binti Alwi, Pengerusi SWCorp di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur.
Aktiviti dimulakan dengan amanat ringkas dari YB Dr Daroyah di Mustering Point Alam Flora di Jalan Bonus Kuala Lumpur.

Kemudian para peserta bergerak mengikut laluan dan melaksanakan aktiviti plogging. Sepanjang briskwalk dan plogging juga, Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan bersama GMO Alam Flora Sdn Bhd telah memberi penerangan berkaitan isu dan cabaran di lapangan serta inisiatif berkaitan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di sekitar Pusat Bandar Kuala Lumpur.
Secara keseluruhan semua peserta telah berjaya berjalan sejauh 5000 langkah dan anggaran kutipan sampah littering yang berjaya dikutip adalah sebanyak 20kg.
Menurut Pengerusi Penggerak Komuniti Negara (PKN) WP, Hizwan Ahmad, “tidak banyak sampah yang kami kutip hari kerana SWCorp dan Alam Flora telah benar-benar menjalankan tanggungjawab mereka membersihkan bandaraya kita dengan baik.”

Tambah Hizwan lagi, PKNWP akan terus berkerjasama dengan mana-mana pihak yang berhasrat untuk melakukan inisiatif sebegini untuk kemakmuran komuniti khasnya di Wilayah Persekutuan.
Turut hadir sama dalam program ini ialah Anggota Perbadanan, Pengerusi Pertubuhan Penggerak Komuniti Wilayah Persekutuan dan Selangor serta Pertubuhan Nation Of Women (NOW).