Surat saman kantoikan suami curang dengan teman wanita

 Surat saman kantoikan suami curang dengan teman wanita

DUSSELDORF, JERMAN – Rahsia kecurangan seorang suami akhirnya terbongkar apabila isterinya menerima surat saman beserta gambar bukti memaparkan seorang wanita tidak dikenali sedang memandu kereta milik suaminya.

Surat saman berkenaan telah diterima kerana suaminya itu didakwa telah memandu laju bersama seorang wanita di sebelahnya.

Memetik sumber Kosmo, wanita yang berasal dari Jerman itu, tidak mendedahkan identitinya dan terkejut, apabila telah  menerima surat saman yang dikirim ke alamat rumahnya beserta gambar seorang wanita sedang memandu kereta BMW milik syarikat yang digunakan suaminya baru ini.

Dia bagaimanapun berasa hairan kerana berdasarkan tarikh saman, dia tidak mempunyai lesen memandu dan tidak memandu kereta tersebut.

Dalam gambar tersebut, anak guam saya melihat terdapat seorang wanita yang memandu kereta itu dan dia mula berasa gementar kerana dia tidak mempunyai lesen memandu,” kata peguam si isteri, Fatma Poyraz-Devrim.

Selepas diselidik, suami wanita berkenaan akhirnya mengaku bahawa wanita dalam gambar tersebut adalah teman wanitanya.

Wanita itu bagaimanapun tidak dapat hadir ke mahkamah kerana telah ‘lesap’ ke luar negara, bersama-sama dengan kereta BMW tersebut.

Isterinya yang sepatutnya dibicarakan atas kes kesalahan memandu melebihi had laju tersebut akhirnya dibebaskan oleh hakim selepas dia didapati bukan individu yang memandu kereta itu.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

39  −  35  =