Suntikan vaksin beri ’sinar’ buka sempadan Johor – Singapura

 Suntikan vaksin beri ’sinar’ buka sempadan Johor – Singapura

MB JOHOR menjadi penerima suntikan vaksin COVID-19 pertama di negeri ini.

Oleh Nurman Nasyriq

JOHOR BAHRU, 1 Mac — Program Imunisasi COVID-19 Peringkat Negeri Johor diharap membawa ‘sinar’ baharu dalam perbincangan pembukaan semula sempadan negara, khususnya dengan Singapura.

Mengakui pentingnya program tersebut khususnya kepada Johor, Menteri Besarnya, Datuk Hasni Mohammad juga akan mencadangkan supaya gelembung perjalanan khas diperkenalkan bagi penerima vaksin untuk membolehkan pembukaan sempadan Malaysia-Singapura dapat diberikan kepada lebih ramai individu.

Menurut beliau, cadangan itu boleh dilaksanakan berikutan program imunisasi sudah bermula di negara ini  termasuk Johor, manakala Singapura melaksanakan lebih awal, iaitu pada 30 Disember tahun lalu.

Justeru, katanya, kerajaan negeri akan membawa cadangan berkenaan kepada Kerajaan Persekutuan supaya dapat diperhalusi dan dibincangkan lebih lanjut dengan kerajaan Singapura.

“Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 yang sudah bermula di Johor dan negara kita membolehkan isu termasuk pembukaan sempadan antara Malaysia-Singapura dilihat semula.

Datuk Hasni Mohammad, Menteri Besar Johor

“Johor akan menyarankan supaya gelembung perjalanan khas terhadap penerima vaksin antara Malaysia-Singapura diperkenalkan. Ia berikutan semua penerima akan menerima sijil vaksin dan semestinya perlu ada manfaat kepada yang mempunyai sijil vaksin membabitkan rakyat Malaysia serta Singapura,” katanya pada Program Imunisasi COVID-19 Peringkat Negeri Johor di Dewan Muafakat Taman Adda di sini, hari ini.

Hasni menjadi penerima suntikan vaksin COVID-19 pertama di negeri ini.

Dalam pada itu, beliau memberi jaminan bahawa penerima vaksin program imunisasi itu akan mengikut senarai yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Menurutnya, seramai 35,100 petugas barisan hadapan di negeri ini akan menerima suntikan vaksin COVID-19 fasa pertama pelan imunisasi berkenaan.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

12  +    =  17