Suntikan dos penggalak dibuka untuk semua orang dewasa

 Suntikan dos penggalak dibuka untuk semua orang dewasa

Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan

KUALA LUMPUR, 25 Nov — Pasukan Petugas Imunisasi COVID-19 (CITF) telah membuka pendaftaran untuk suntikan dos penggalak COVID-19 untuk semua orang dewasa berumur 18 tahun ke atas.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan berkata Kumpulan Kerja Teknikal di bawah Penggalak Pasukan Petugas Imunisasi COVID-19 (CITF-B) telah mengemukakan cadangan supaya suntikan dos penggalak diberikan kepada semua orang dewasa yang telah disuntik dengan vaksin utama, sama ada Astra Zeneca, Pfizer atau Sinovac.

Beliau berkata kerajaan telah memutuskan untuk membuka pendaftaran suntikan dos penggalak bukan sahaja untuk mereka yang berumur 40 tahun ke atas tetapi kepada semua orang dewasa yang telah melengkapkan dua suntikan vaksin utama mereka.

“Tempoh suntikan dos tersebut, bagaimanapun, berbeza-beza untuk setiap individu berdasarkan vaksin utama yang disuntik dan status kesihatan seseorang yang mana bergantung kepada umur atau jika terdapat sebarang penyakit komorbiditi.”

Khairy berkata suntikan dos penggalak akan diberikan secara pendekatan turun padang dengan memberi tumpuan kepada warga emas terlebih dahulu, sama seperti program vaksinasi utama.

Pendaftaran untuk suntikan dos penggalak kini dibuka dan terdapat pda aplikasi MySejahtera serta melalui laman web Protect Health di https://protecthealth.com.my.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *