• Sunday, 20 June 2021, 3:24 pm

Sultan Johor seru perbincangan Ahli Parlimen, ADUN diadakan

 Sultan Johor seru perbincangan Ahli Parlimen, ADUN diadakan

DYMM Sultan Johor

Oleh Nurman Nasyriq

JOHOR BAHRU, 20 Mei – Sultan Johor menyeru satu perbincangan secara permesyuaratan diadakan melibatkan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) di negeri ini bagi memberikan pandangan dalam membendung pandemik COVID-19.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, perbincangan itu untuk memberikan buah fikiran membendung penularan wabak tersebut dan menyelesaikan masalah yang dihadapi Bangsa Johor.

“Sejak kebelakangan ini negeri Johor mencatatkan kes positif COVID-19 yang semakin tinggi. Merujuk kepada kes dilaporkan semalam, Johor telah mencatatkan sebanyak 699 kes.

“Pihak pentadbiran kerajaan, semua Ahli Parlimen dan ADUN di negeri Johor perlu memainkan peranan dalam memastikan penularan wabak COVID-19 segera dibendung dan pada masa sama, mereka yang terkesan hendaklah dibantu,” titah baginda, hari ini.

Sultan Ibrahim sedar akan Ordinan Darurat yang sedang berkuat kuasa menghalang persidangan Parlimen dan DUN untuk dijalankan ketika ini.

“Namun, saya rasa khidmat Ahli Parlimen dan ADUN di Johor perlu digembleng untuk terus membantu rakyat yang terkesan akibat penularan wabak ini.

“Oleh yang demikian, saya menyeru agar satu perbincangan secara pemesyuaratan diadakan dalam kalangan semua Ahli Parlimen dan ADUN di negeri Johor dengan dipengerusikan oleh Menteri Besar Johor,” titah baginda.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *