Sultan Johor ‘belanja’ 150,000 penerima suntikan vaksin makan KFC

 Sultan Johor ‘belanja’ 150,000 penerima suntikan vaksin makan KFC

YSIJ dengan kerjasama QSR Brands menyumbang sebanyak 150,000 baucar KFC percuma kepada penerima suntikan vaksin COVID-19.

JOHOR BAHRU, 4 Okt — Bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbang sebanyak 150,000 baucar makanan segera KFC.

Inisiatif berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama QSR Brand (M) Holdings Bhd.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YSIJ, Datuk Avinderjit Singh berkata, program itu diperkenan Sultan Ibrahim yang sentiasa menggalakkan rakyatnya untuk mengambil vaksin bagi melindungi diri daripada COVID-19.

“Tuanku Sultan amat menggalakkan semua rakyat Johor untuk mengambil vaksin bagi membolehkan Johor mencapai imuniti kelompok serta beralih ke Fasa 3, Fasa 4 dan seterusnya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi CITF Johor, Datuk Mohd. Noh Ibrahim memberitahu, pemberian baucar itu akan menarik ramai lagi individu untuk menerima vaksin terutamanya dalam kalangan remaja.

“Menjunjung kasih kepada Tuanku Sultan atas inisiatif sumbangan baucar KFC ini.

“Kami daripada pihak CITF menghargai usaha baginda dan YSIJ bagi menggalakkan rakyat mendapatkan vaksin di negeri Johor,” ujarnya.

Baucar tersebut membolehkan penerimanya menebus satu burger Zinger Classic secara percuma apabila membeli satu burger yang sama di KFC di seluruh negara.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *