Sulaiman angkat sumpah Ketua Menteri ke-13

 Sulaiman angkat sumpah Ketua Menteri ke-13

Kredit foto FB rasmi We Ka Siong

MELAKA 21 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) yang memenangi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 hari ini.

Istiadat angkat sumpah itu diadakan di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam dan isteri, Toh Puan Asmah Abd Rahman di Dewan Seri Utama Pejabat Yang di-Pertua Negeri di sini kira-kira jam 1 pagi.

Hadir sama dalam istiadat itu, Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak.

Majlis itu turut dikongsikan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong menerusi catatan Facebook rasminya awal pagi tadi.

Pelantikan Sulaiman itu adalah kali kedua selepas Barisan Nasional (BN) menang majoriti 21 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka semalam.

Sulaiman berkata, majlis berkenaan terpaksa dibuat awal pagi tadi berikutan kekangan masa dihadapinya termasuk perlu membuat persiapan menghadiri Mesyuarat Ketua Menteri dan Menteri Besar serta Majlis Raja-raja pada Selasa ini.

“Jadi masa yang agak suntuk, memandangkan esok Ahad dan banyak perkara yang perlu saya bincangkan bersama Tuan Yang Terutama Tun (Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam).

“Selain itu banyak yang perlu dipersiapkan, jadi mahu atau tidak kita kena juga angkat sumpah pada hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis angkat sumpah berkenaan.

Azlan Abdollah

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

20  −  15  =