Sukan Makmur XTIF Johor 2021 E-Sports bermula Khamis ini

 Sukan Makmur XTIF Johor 2021 E-Sports bermula Khamis ini

Sukan Makmur XTIF Johor 2021 E-sports yang bermula Khamis ini menawarkan hadiah RM124,000.

JOHOR BAHRU, 12 Sept — Kerajaan negeri menerusi Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) akan menganjurkan Sukan Makmur XTIF Johor 2021 E-Sports bermula Khamis ini hingga Disember depan.

MSNJ dalam satu kenyataan memaklumkan, Sukan Makmur XTIF Johor 2021 E-Sports akan dipertandingkan di peringkat Parlimen dan seterusnya ke peringkat negeri.

Dijangka seramai 489,632 peserta akan mengambil bahagian dalam pertandingan e-sukan ini yang terdiri daripada golongan belia.

Penganjuran Sukan Makmur XTIF Johor 2021 E-Sports juga telah mendapat kelulusan dan sokongan daripada Malaysia Esports Federation (MESF).

Kejohanan tersebut akan dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya yang mempertandingkan dua kategori, iaitu Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan Player Unknown’s Battleground Mobile (PUBGM) yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM124,000.

Sukan Makmur XTIF Johor 2021 E-Sports itu merupakan kesinambungan penganjuran karnival sukan untuk masyarakat di peringkat akar umbi.

Penganjurannya bukan sahaja bertujuan untuk mengisi waktu lapang para peserta, malah menjadi platform mencungkil lebih ramai bakat baharu, sekali gus memartabatkan pembangunan e-sukan di negeri ini.

Pertandingan kategori MLBB bagi peringkat Parlimen akan berlangsung mulai Khamis ini hingga 12 Oktober, manakala peringkat negeri pada 20 hingga 23 Oktober depan.

Tarikh penganjuran PUBGM pula akan diumumkan kemudian menerusi laman media sosial rasmi MSNJ (Facebook & Instagram) @riseupjohor.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

58  −    =  53