Sugarbook suburkan pelacuran – Ahmad Amzad

 Sugarbook suburkan pelacuran – Ahmad Amzad

Oleh Azwan Azmi

KUALA LUMPUR 15 Feb: Platform Sugarbook perlu disekat segera kerana menyuburkan aktiviti pelacuran di negara ini.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim berkata, menerusi laman rasmi Facebook rasmi miliknya, berharap satu siasatan menyeluruh dapat dilakukan selain penyekatan domain dan tindakan undang-undang dapat diambil untuk menyekat operasi platform berkenaan yang jelas telah melanggar undang-undang negara.

Datuk Haji Ahmad Amzad, Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi

Memetik hantaran beliau lagi, pengasas platform berkenaan, Darren Chen adalah seorang pemastautin di Malaysia yang menjalankan perniagaan atas talian yang menjadi platform untuk pelacuran dan mendapat sokongan pelabur dari Hong Kong.

Berdasarkan laporan beberapa media tempatan sebelum ini, Malaysia didakwa menjadi lubuk kepada aktiviti ‘sugar daddy’ dan ketiga tertinggi di Asia selepas India dan Indonesia.

Oleh demikian, Ahmad Amzad berharap siasatan dapat dijalankan menerusi Akta Komunikasi Multimedia 1998, Seksyen 211 serta Akta Kanun Keseksaan (Penal Code) Seksyen 372, 372A, 372B.

Tambah beliau, kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) telah menjalankan langkah proaktif untuk menyekat laman pornografi dan diharap tindakan serupa diambil segera untuk menyekat domain platform berkenaan.

Tangkap layar dari laman Facebook rasmi Datuk Haji Ahmad Amzad

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

48  −  44  =