“Straw” bertukar jadi menu makanan Italy?

 “Straw” bertukar jadi menu makanan Italy?

PETALING JAYA: Aneh dan tidak masuk akal apabila seorang lelaki telah mencuba satu idea kreatif dengan membuat perubahan menggunakan penyedut minuman (straw) sebagai pengganti kepada mee (pasta)

Seperti mana yang sedia maklum, (straw) daripada kafe “Coffee Bean” ianya boleh dimakan kerana bahan yang digunakan adalah diperbuat daripada sumber beras.

Walaupun ia boleh dimakan, namun tidak digalakkan kerana ia adalah “pakai buang”.

Bagi mencuba sesuatu kelainan, seorang pengguna di aplikasi Tik Tok telah berkongsikan video untuk membuat menu daripada negara Italy, dan telah memaparkan dirinya sambil mengambil beberapa penyedut minuman “Coffee Bean” dengan banyak dan membeli aiskrim McDonalds.

@kumpenghan They say the straw is turtle friendly. What could go wrong? #coffeebean #straw #Mcd #carbonara #recipe ♬ Comical and a little silly carefree music(831995) – Etsuo Kawasaki

Melihat daripada perkongsian video berkenaan, individu tersebut telah merebus penyedut minuman itu untuk dijadikan pasta, manakala aiskrim pula telah dijadikan bahan untuk kuah carbonara.

Selain itu, individu berkenaan telah menggunakan beberapa bahan lain sebagai tambahan seperti daging, garam dan susu dalam menu masakan tersebut.

Video berkenaan telah mencecah jumlah tontonan sebanyak 965 ribu dalam masa dua hari, dan rata-rata pengguna media sosial terkejut dengan lelaki berkenaan kerana berjaya membuat satu menu makanan yang pelik, namun kelihatan agak menyelerakan pada siapa yang melihatnya.

 Nampak sedap pula tengok straw tu, apa rasanya eh?

“Bukan Malaysia la, kalau tak cuba buat resepi pelik,” komen pengikutnya.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

4  +  3  =