Stor simpan barangan terpakai kedai serbaneka terbakar

 Stor simpan barangan terpakai kedai serbaneka terbakar

Anggota bomba memadamkan kebakaran yang memusnahkan stor penyimpanan barangan terpakai di sebuah kedai serbaneka di Pusat Perdagangan Pontian, semalam.

PONTIAN, 17 Ogos — Seramai 55 pelanggan dan pekerja di sebuah kedai serbaneka di Pusat Perdagangan Pontian bertempiaran lari apabila stor premis berkenaan terbakar, petang semalam.

Ketua Balai Bomba Pontian Baru, Penolong Penguasa Bomba Mahadir Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu daripada orang awam pada jam 3.56 petang.

Menurutnya, sebuah jentera dengan lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian selain dibantu lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Alsagoff dan empat anggota dari FirePost Benut.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, didapati kebakaran berlaku melibatkan bahagian stor barangan terpakai yang terkunci ketika kejadian tersebut.

“Kebakaran berjaya dikawal dan kemusnahan hanya melibatkan kurang 40 peratus daripada keseluruhan bangunan setingkat itu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

“Kami menghargai tindakan pantas orang awam yang menghubungi pihak bomba apabila melihat kebakaran tersebut bagi mengelakkan kejadian lebih besar berlaku,” katanya.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  +  32  =  42