Sterling, Kane tamat badi England

 Sterling, Kane tamat badi England

Foto kredit : Getty

WEMBLEY, 30 Jun — Jaringan Raheem Sterling dan Harry Kane memastikan England mara ke suku akhir Euro 2020, selain menanatkan badi berpuluh tahun lamanya terhadap musuh ketat, Jerman.

Sterling memberi sinar kepada penyokong England apabila beliau menolak kemas hantaran Luke Shaw melepasi penjaga gol Jerman, Manuel Neuer pada minit ke-75 manakala tandukan Kane pada minit ke-86 memastikan kemenangan pertama England ke atas Jerman di peringkat kalah mati sejak 1966.

Sejak menewaskan Jerman di Final Piala Dunia 1966, pasukan Three Lions itu menanggung kekalahan demi kekalahan di tangan Die Mannschaft, terutamanya di peringkat kalah mati.

England disingkirkan daripada Piala Dunia 1970, 1990 dan 2010 oleh Jerman, selain ditewaskan di separuh akhir Euro 96 di Wembley menerusi penentuan sepakan penalti.

Skuad kendalian Gareth Southgate akhirnya berjaya membalas dendam terhadap tangisan Paul Gascoigne yang gagal menyempurnakan penalti itu, 25 tahun lalu.

England yang masih belum dibolosi sepanjang kejuaran ini, akan berkunjung ke Rome, Sabtu ini untuk aksi suku akhir, dan akan bertemu pemenang perlawanan Sweden dan Ukraine.

Peluang England dalam usaha memburu trofi utama antarabangsa sejak 1966, nampak semakin cerah dengan potensi separuh akhir bertemu pemenang antara Denmark dan Republik Czech.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  2  =  9