STAR MEDIK Lancar Kilang Terbesar Dunia Pengeluaran Pati Serai

 STAR MEDIK Lancar Kilang Terbesar Dunia Pengeluaran Pati Serai

NILAI – Kumpulan STAR MEDIK melalui anak syarikatnya, Tropical Bioessence Sdn Bhd (TBE) pada hari ini telah mengadakan majlis pra-pelancaran kilang pengeluran pati serai yang dijangka antara yang terbesar di dunia yang juga mampu untuk memproses sebanyak 75 tan daun serai sehari.

Kilang ini bakal membantu komuniti desa untuk menjana pendapatan di dalam Malaysia di beberapa buah negeri khususnya di Melaka, N9, Johor dan juga Selangor.

Selaras dengan program pemulihan ekonomi pasca COVID – 19, kilang ini dijangka bakal menjadi pemangkin ekonomi kepada pekebun kecil khususnya untuk mengusahakan tanaman serai sebagai tanaman asas komuniti.

Menurut Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan STAR MEDIK, Datuk Hj, Tajuddin Abdul Latif, projek ini adalah projek serambang dua mata diantara insdustri domestik dan eksport dan membantu komuniti desa khusus pekebun kecil dan sederhana.

Bagi menjayakan tujuan ini serta bagi mendapatkan bekalan bahan mentah yang mencukupi dan berterusan, pihak syarikat akan bekerjasama dengan komuniti setempat untuk menjalankan aktiviti penanaman kontrak. Sejumlah 3000 ekar tanah setahun diperlukan untuk menampung permintaan serai ini.

‘’STAR MEDIK bukan lagi nama baharu untuk kilang pembuatan produk perubatan dan kini syarikat sangat bebesar hati untuk mengembangkan lagi potensi syarikat dengan kerjasama beberapa buah anak syarikat lain termasuklah Tropical Bioessence Sdn Bhd (TBE), ATN Travel Tour Corporation Sdn Bhd’’, kata Datuk Hj. Tajuddin Abdul Latif.

Ekstrak minyak pati serai ini digunakan sebagai bahan aktif di dalam beberapa industri utama dunia seperti komestik, minyak wangi, farmaseutikal, dan makanan.

STAR MEDIK ialah sebuah syarikat perubatan yang terkemuka yang mahir dalam Medical Pathway Management Care. STAR MEDIK berpengalaman dalam pelbagai kemhiran perubatan, terutamanya pengurusan ventilator yang bekerjasama dengan jenama terkemuka dunia dan terkenal di peringkat antarabangsa HAMILTON MEDICAL yang berpangkalan di Switzerland.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

4  +  4  =