Star Medik bakal pasar produk peranti ke 50 negara

 Star Medik bakal pasar produk peranti ke 50 negara

NILAI, 17 Jan 2022 : Tahun 2022 di mana semua syarikat di Malaysia kini dalam proses pemulihan untuk kembalikan kestabilan ekonomi dengan melakukan pelbagai alternatif untuk menjana pendapatan semula.

Meskipun pelbagai cara dilakukan, namun ada juga yang didakwa telah kecundang apabila ada sebilangan syarikat telah gulung tikar sewaktu pandemik.

Akan tetapi lain pula buat syarikat perubatan Star Medik kerana sepanjang berlakunya pandemik ini, syarikat berkenaan dilaporkan mempunyai peningkatan dan permintaan yang tinggi.

Star Medik dijangka akan memasarkan produk peranti perubatan ke 50 negara di Eropah.

Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan Star Medik, Datuk Tajuddin Abdul Latif berkata, Star Medik akan memasarkan peranti perubatan ke seluruh negara sekitar tahun ini dan tahun 2023.

“Ia bertujuan untuk mengembangkan lagi pasaran ke Eropah dan dapat membantu lebih ramai rakyat Malaysia yang terkesan.

“Peranti perubatan ini saya dah eksport lebih 20 negara dan selepas ini akan digandakan lagi sehingga 50 negara menjelang tahun 2023,” katanya kepada Wacana.my

Tambahnya, pihaknya kini masih lagi dalam proses mendapatkan sijil untuk melakukan eksport itu, dan perlu mengikuti peraturan baharu Eropah dipanggil Medical Device Regulation (MDR) yang baharu.

“Kita dalam fasa akhir untuk mendapat sijil tersebut dan dengan itu kita akan dapat masuk pasaran Eropah dengan lebih kuat.

“Selain itu juga kita dalam proses akhir mendapatkan sijil United States Food and Drug Administration (U.S FDA), kita sengaja tangguhkan dulu FDA ini kerana fokuskan lebih kepada perkembangan kilang supaya ia lebih strategik

“Kini kami mampu hasilkan satu kontena dalam masa sehari, jadi tahun hadapan mungkin akan lebih lagi kontena dalam sehari, itu perancangan yang sedia ada untuk Star Medik saat ini,” ujarnya.

Star Medik mempunyai dua portfolio, pertama adalah pengeluaran perubatan yang fokuskan kepada pasaran domestik, kedua adalah eksport melalui pembuatan kilang, pastinya waktu COVID ini adalah satu perkara yang dipandang serius pada syarikat Star Medik.

Tajudin berkata, selepas pasca COVID pada tahun ini, Star Medik akan mencari jalan untuk dapat memberi manfaat lebih kepada ramai orang sebab ada beberapa pihak yang masih lagi tercari-cari hala tuju selepas ini.

“Berdasarkan kadar jualan syarikat Star Medik menerusi dua portfolio ini, hasil daripada itu kami akan mencari peluang untuk membantu ramai yang terkesan melalui pengeluaran dan pembuatan medikal syarikat ini,”katanya.

Selain itu, melihat daripada perkembangan yang positif sepanjang dua tahun sebelum ini, Star Medik bakal meningkatkan lagi pasaranya ke negara Eropah selepas ini.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

61  +    =  71