STAR buat laporan polis kes fitnah parti

 STAR buat laporan polis kes fitnah parti

Rizal Johari

KOTA KINABALU, 17 Mei — Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) semalam membuat lima laporan polis terhadap seorang pengguna Facebook yang memuat naik sebuah imej menuduh pemimpin parti itu menyokong Israel yang tular dalam media sosial.

Ketua Pemuda STAR Rizal Johari berkata parti itu juga akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terhadap pengguna tersebut.

“Individu tersebut bukan ahli parti dan sering membuat hantaran di Facebook dengan mendakwa mewakili STAR demi mengelirukan orang ramai…kami memantau halamannya tetapi kami sentiasa menghormati hak kebebasan bersuara walaupun ia memudaratkan perjuangan kami,” katanya dalam kenyataan di sini.

‘Bagaimanapun, individu ini telah melampaui batas apabila menfitnah dengan menuduh parti ini menyokong keganasan. Ini tidak boleh diterima sama sekali dan pihak berkuasa perlu mengambil tindakan,” katanya.

Imej itu dimuat naik jam 6.30 petang kelmarin dalam beberapa akaun Facebook oleh seorang individu berkenaan, dipercayai menggunakan akaun palsu di bawah nama Danny Lukas Jr.

Dalam pada itu, Rizal meminta penyokong parti supaya bertenang dan tidak mudah terpedaya dengan kenyataan yang tidak dikeluarkan oleh parti berkenaan.

 

 

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

74  −  64  =