Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
Staf positif, Legoland ditutup sementara

ISKANDAR PUTERI, Pihak pengurusan taman tema Legoland Malaysia Resort (Legoland) mengumumkan penutupan sementara taman airnya selepas beberapa kakitangannya positif COVID-19.
Legoland dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan taman air itu bermula 12 hingga 21 Januari ini sebagai langkah berjaga-jaga susulan kakitangannya disahkan positif semasa pemeriksaan rutin yang dijalankan.
“Keputusan proaktif ini diambil untuk memastikan kesihatan dan keselamatan pengunjung serta kakitangan selain mengekalkan tahap perkhidmatan hospitaliti yang tertinggi.
“Pada masa ini, Taman Tema Legoland, Sea Life dan Hotel Legoland masih kekal dibuka dengan semua langkah kesihatan dan keselamatan yang ketat serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” menurut kenyataan itu, hari ini.