• Monday, 21 June 2021, 3:46 am

SPRM tahan enam kakitangan termasuk pegawai bank

 SPRM tahan enam kakitangan termasuk pegawai bank

SHAH ALAM, 9 Jun –  SPRM menahan reman enam kakitangan dan pegawai sebuah bank selama tujuh hari bermula hari ini.

Mereka akan membantu siasatan terhadap dakwaan meminta dan menerima rasuah daripada pemohon pinjaman peribadi melibatkan 110 permohonan bernilai RM18juta.

Kesemua suspek lelaki yang berusia 36 hingga 45 tahun itu telah aktif menjalankan perbuatan kotor itu sejak tahun 2018 hingga 2020.

Mereka memegang jawatan sebagai ketua unit pembiayaan dan kerani ditahan pukul 4.45 petang semalam di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) Selangor.

Nilai keseluruhan sitaan pihak SPRM berjumlah lebih RM100,000

Menurut sumber SPRM, siasatan awal mendapati mereka telah bekerja lebih lima tahun di beberapa cawangan sebuah bank di sekitar Lembah Klang.

Katanya, mereka disyaki telah meluluskan permohonan daripada para pemohon yang sebenarnya tidak layak untuk membuat pinjaman.

Ada diantara pemohon-pemohon pinjaman tersebut yang telah disenarai hitam, mempunyai hutang lapuk atau melebihi 60 peratus pendapatan mereka serta dokumen sokongan tidak lengkap seperti
pengesahan jawatan sama ada bekerja atau tidak.

Kesemua suspek dipercayai telah meminta dan menerima wang suapan antara 15 hingga 35 peratus daripada keseluruhan transaksi pinjaman itu menerusi ejen perunding kewangan.

Kesemua suspek lelaki yang berusia 36 hingga 45 tahun itu telah aktif menjalankan perbuatan kotor itu sejak tahun 2018 hingga 2020.

Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan dalang utama dan suspek-suspek lain yang turut terlibat dalam sindiket terancang ini.

SPRM juga telah merampas wang tunai berjumlah kira-kira RM69,000 dan beberapa jam tangan mewah serta telefon bimbit daripada suspek tersebut dengan nilai keseluruhan sitaan berjumlah lebih RM100,000, memetik laporan akhbar Kosmo!.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim juga dilaporkan telah mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a) (A) Akta SPRM 2009.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Raja Nor Adilla Raja Mahyaldin di Mahkamah Shah Alam disini hari ini

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *